ARTIKEL

Foto fail: Bernama

Menteri KDN nafi Najib terima layanan sangat istimewa di penjara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: “Saya pakai (pegang) kenyataan Jabatan Penjara (bahawa tiada layanan istimewa terhadap Najib) sebab Jabatan Penjara yang jaga Datuk Seri Najib, pagi, petang, siang dan malam, 24 jam,” ulas Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, tentang isu berkaitan dakwaan yang mengatakan bekas pemimpin UMNO itu mendapat layanan sangat istimewa di penjara.

“Jadi saya pakai (kenyataan) Jabatan Penjara dan saya berpegang kepada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penjara,” ujarnya sambil menegaskan tiada mana-mana individu, termasuk Najib, 70, menerima layanan istimewa di penjara.

Pada sidang media di KDN, Putrajaya, semalam, Saifuddin berkata, “Jabatan Penjara, dia ada pegawai dan dia ada blok yang khusus untuk itu dan mereka mengawasi Datuk Seri Najib seperti mana (banduan lain) yang diletakkan di penjara.”

Sebelum ini, dalam temu bual dengan sebuah akhbar dalam talian, Ustaz Wan Ji berkata beliau pernah melihat Najib ketika menjalankan hukuman di penjara dan mendakwa mantan perdana menteri itu menerima layanan sangat istimewa.

Najib kini menjalankan hukuman penjara di Kajang dan dijangka akan dibebaskan pada Ogos 2028.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah