KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, telah dirujuk ke Jabatan Kecemasan sebuah hospital pada awal pagi tadi kerana disyaki mengalami gejala renal colic.
Dalam kenyataannya yang dikeluarkan hari ini, Kementerian Kesihatan memaklumkan beliau kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.
“Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih untuk bertugas,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA



