ARTIKEL

Fadhlina merakamkan ucapan takziah kepada Cikgu Din sekeluarga atas pemergian isteri tercinta malam semalam. - Foto: FB Fadhlina Sidek

Menteri Pendidikan ucap takziah kepada Cikgu Din atas pemergian isteri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA, Selangor: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, turut berdukacita atas pemergian isteri Cikgu Mohammad Izzudin Izhar atau lebih dikenali sebagai Cikgu Din.

Fadlina menerusi hantaran di Facebook merakamkan ucapan takziah kepada Cikgu Din sekeluarga atas pemergian Allahyarhamah Nur Atiqah My Yusoff.

“Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Menerima perkhabaran duka perihal pemergian ke rahmatullah isteri kepada Cikgu Din dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Wok, Kanowit, Sarawak.

“Ucapan takziah dan turut berdukacita kami sampaikan buat kaum keluarga Allahyarhamah,” katanya dalam hantaran tersebut, hari ini.

Pada Oktober lalu, menerusi perkongsian di Facebook, Cikgu Din berhadapan dengan ujian kesihatan isterinya yang disahkan menghidap kanser tulang rawan tahap empat.

Pada masa itu, Cikgu Din mengajar di Sarawak, manakala isterinya menetap di Kota Bharu, Kelantan.

Disebabkan prihatin dengan nasibnya, Kementerian Pendidikan (KPM) telah meluluskan arahan penempatan sementara untuk membolehkan Cikgu Din berada bersama isterinya di Kelantan.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah