ARTIKEL

Menulis hidupkan jiwa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

1. Boleh perkenalkan diri sedikit?

Saya, Mohamad Bohari, menggunakan nama pena Musalmah (gabungan nama saya dan isteri, Saptuyah @ Halimah).

Berusia 74 tahun, saya merupakan anak sulung daripada 12 beradik dan berasal dari Kampung Buntal, Kuching. Saya pesara guru dan kini menulis sepenuh masa.

2. Apa yang mendorong cikgu mula menulis?

Dulu, sekitar 1967–1969, saya menulis di majalah Perintis dan Dolphin untuk mendapatkan sedikit honorarium.

Ketika itu saya masih pelajar sekolah menengah rendah dan amat memerlukan wang saku.

3. Masih ingat karya pertama?

Ya, pantun berkait bertajuk Nasihat Guru diterbitkan dalam majalah sekolah pada 1969.

Sangat gembira waktu itu melihat karya sendiri disiarkan.

4. Siapa tokoh penulis yang paling menginspirasi anda?

Datuk Dr Jeniri Amir. Saya gemar membaca ruangan Pemikiran (Sarapan Isnin) beliau.

Tulisan beliau banyak memberi ilmu dan inspirasi.

5. Apa pekerjaan cikgu sebelum menulis sepenuh masa?

Saya berkhidmat sebagai guru selama 32 tahun di tujuh sekolah seluruh Sarawak, dari Limbang hingga ke Sematan.

6. Bagaimana cikgu mencari idea untuk menulis?

Dengan banyak membaca, sama ada karya kreatif mahupun bukan kreatif, daripada situ datangnya idea dan gaya tersendiri.

7. Dari mana datangnya ilham menulis di Suara Sarawak?

Biasanya, saya turun padang untuk menghadiri gotong-royong, perayaan atau perhimpunan masyarakat bagi mendapatkan pengalaman dan maklumat sebenar.

8. Waktu bila paling produktif menulis?

Waktu pagi. Fikiran segar dan idea mengalir lancar.

Petang saya beriadah, malam pula waktu untuk berehat.

9. Apa cabaran penulis era digital sekarang?

Cabaran bagi seorang penulis di era media digital ialah kewujudan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR).

10. Artikel yang paling dekat di hati?

Ruang Tinta Inspirasi Penulis Sarawak setiap Sabtu terakhir bulan kerana di situ saya dapat berkongsi idea penulisan terkini.

11. Bagaimana tahu sesuatu idea layak dijadikan tulisan?

Apabila ia memenuhi unsur 5W+1H, disampaikan dengan jujur dan ikhlas, bukan sekadar “syok sendiri”.

12. Apa makna Pekasa bagi cikgu?

Sebagai ahli seumur hidup, saya menganggap Pekasa sebagai wadah memperjuangkan sastera dan budaya ilmu di Sarawak, seperti kata Presiden kami, Dayang Azizah Mohd Salleh.

13. Pandangan tentang penulisan di Sarawak kini?

Sangat memberangsangkan, umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Ramai penulis baharu muncul dengan karya bermutu.

14. Apa peranan penulis dalam membentuk identiti budaya?

Penulis perlu dekat dengan masyarakat agar dapat menonjolkan “kearifan tempatan” dan identiti pelbagai kaum Sarawak.

15. Jika diberi peluang, projek penulisan komuniti apa anda mahu usahakan?

Saya ingin bekerjasama dengan JKKK kampung untuk merekod dan menerbitkan kisah tempatan supaya tidak hilang ditelan zaman.

16. Bila tak menulis, apa aktiviti kegemaran?

Membaca buku, beriadah bersama keluarga dan menyertai aktiviti kemasyarakatan di kampung.

17. Buku terakhir yang cikgu baca?

Proses Penciptaan Menulis untuk Remaja oleh Othman Puteh.

Walaupun terbitan lama (1991), kandungannya masih sangat berguna.

18. Tempat paling tenang untuk menulis?

Pustaka Negeri Sarawak.

Suasana yang damai dan banyak bahan rujukan di sana.

19. Muzik pilihan apabila menulis?

Saya suka muzik lembut dan sentimental. Ia membantu menenangkan fikiran serta merangsang idea.

20. Harapan dan nasihat kepada penulis muda?

Teruslah menulis dengan semangat dan disiplin.

Saya sendiri telah menulis hampir 200 rencana sejak 2016 dan berharap dapat menghasilkan beberapa buku serta novel dalam masa terdekat.

BERITA LAIN

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat