ARTIKEL

Mercu tanda baharu Politeknik Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Sebuah mercu tanda baharu dengan mesej “I Love PMU” telah siap dibangunkan dan bakal memberi kemegahan buat warga Politeknik Mukah (PMU).

Mercu tanda tersebut dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Mukah, Dullah Muluk bersamasama kakitangan PMU baru-baru ini. Katanya, mercu tanda tersebut menjadi tempat untuk warga PMU dan masyarakat mengabadikan kenangan mereka sewaktu menjejakkan kaki ke PMU.

“Di samping itu, ia menjadi satu daya tarikan kepada warga PMU untuk beriadah pada waktu petang sambil memupuk semangat “bangga sebagai warga PMU” dalam kalangan pelajar dan pensyarah PMU.

“PMU telah berkembang pesat sejak penubuhannya pada 2005 dengan jumlah pelajar yang semakin bertambah serta kejayaan yang membanggakan dari tahun ke tahun,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, melalui mercu tanda tersebut ia dapat menjadi bukti kejayaan dan pencapaian PMU selama ini melalui #pmugemilang.

Malah ia menjadi medan utama untuk menyampaikan segala maklumat, selari dengan motto PMU, “IT Teras Entiti”.

Katanya, dengan perkembangan positif tersebut, PMU akan sentiasa berusaha untuk berkembang selari dengan pertambahan pelajar kini dengan meningkatkan kemudahan pembelajaran dan pengajaran, kemudahan kampus serta pertambahan tenaga pen

gajar. Sehingga kini, PMU menawarkan kursus jangka pendek yang dibuka kepada orang awam dan masyarakat setempat di bawah program Penswastaan Sektor Masa sebagai usaha menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan komuniti setempat dan mendapat kemahiran baharu.

Difahamkan PMU merupakan Politeknik yang ke-20 di Malaysia dan Politeknik ketiga di Borneo selepas Politeknik Kuching Sarawak dan Politeknik Kota Kinabalu. Kampus PMU telah dibina di atas tapak seluas 100 ekar dan dilengkapi dengan infrastruktur moden serta kemudahan pendidikan yang terkini

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan