Judul Buku: Mustafa dan Layang-layang
Penulis: Mabulmaddin Shaiddin
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun Terbit: 2025
Harga: RM14.00
Muka Surat: 191
Pengulas: ASYIQIN OTHMAN (PELATIH UiTM)
BUKU Mustafa dan Layang-layang karya Mabulmaddin Shaiddin merupakan sebuah karya sastera yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2025. Buku ini menceritakan kisah kehidupan watak bernama Mustafa yang melalui pelbagai pengalaman hidup.
Melalui cerita yang dipaparkan, pembaca dapat melihat perjalanan hidup watak utama yang berdepan dengan cabaran serta pengajaran yang boleh dijadikan teladan.
Tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk memberi pengajaran kepada pembaca melalui kisah yang dekat dengan kehidupan masyarakat.
Penulis cuba menyampaikan mesej bahawa setiap orang pasti akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam kehidupan, namun cabaran tersebut boleh dijadikan sebagai pengalaman yang mematangkan diri. Dalam kehidupan seharian, manusia sering berdepan dengan pelbagai masalah dan rintangan.
Kadangkala keadaan ini membuatkan seseorang berasa putus asa dan hilang semangat.
Namun, melalui penceritaan dalam buku ini, penulis cuba menunjukkan bahawa setiap kesukaran yang dihadapi sebenarnya boleh membentuk kekuatan dalam diri seseorang.
Secara keseluruhannya, buku ini menekankan nilai kesabaran, usaha dan semangat untuk terus berjuang dalam kehidupan.
Penulis menggambarkan bahawa setiap pengalaman yang dilalui mempunyai makna tersendiri serta boleh menjadi pengajaran kepada individu yang mengalaminya.
Selain itu, simbol layanglayang dalam cerita ini juga mempunyai maksud yang tersendiri.
Layang-layang yang terbang tinggi di langit boleh dianggap sebagai lambang harapan dan impian seseorang.
Walaupun kadangkala layanglayang itu jatuh atau tersangkut, ia masih boleh diterbangkan semula. Perkara ini memberi gambaran bahawa manusia juga boleh bangkit semula selepas menghadapi kegagalan.
Watak Mustafa dalam buku ini digambarkan sebagai seorang yang tabah dan tidak mudah berputus asa walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup.
Melalui pengalaman yang dilalui oleh watak ini, pembaca dapat melihat kepentingan usaha dan kesabaran dalam menghadapi kesukaran. Gaya bahasa yang digunakan oleh penulis juga mudah difahami.
Penulis tidak menggunakan ayat yang terlalu kompleks, sebaliknya memilih bahasa yang ringkas dan sesuai untuk pelbagai peringkat pembaca.
Hal ini memudahkan pembaca untuk mengikuti jalan cerita yang disampaikan.
Selain itu, susunan cerita dalam buku ini juga agak teratur.
Peristiwa yang diceritakan dapat diikuti dengan mudah dan membantu pembaca memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penulis.
Antara kekuatan buku ini ialah mesej yang disampaikan agak jelas dan mudah difahami.
Cerita yang dipaparkan juga dekat dengan kehidupan seharian, sekali gus membuatkan pembaca lebih mudah mengaitkan kisah tersebut dengan pengalaman mereka sendiri.
Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa penceritaan bahagian dalam buku ini yang agak ringkas. Sesetengah pembaca mungkin mengharapkan penerangan yang lebih panjang bagi beberapa peristiwa dalam cerita.
Namun begitu, kelemahan tersebut tidak menjejaskan keseluruhan nilai buku ini.
Buku ini masih mampu memberikan pengajaran dan nilai kehidupan kepada pembaca. Kesimpulannya, buku merupakan sebuah karya yang menarik dan mempunyai banyak pengajaran Mustafa dan Layanglayang.
Melalui kisah yang disampaikan, pembaca dapat memahami kepentingan kesabaran, usaha dan semangat dalam menghadapi cabaran hidup. Buku ini sesuai dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana mesej yang disampaikan mudah difahami.
Selain menghiburkan, buku ini juga dapat memberi inspirasi kepada pembaca untuk terus berusaha dan tidak mudah berputus asa dalam kehidupan.



