ARTIKEL

Mesir dapatkan semula 30,000 artifak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAHERAH: Sebanyak 30,000 artifak yang diseludup keluar secara haram dari Mesir telah dikembalikan ke negara itu dalam tempoh 10 hingga 12 tahun lalu, menurut Menteri Pelancongan dan Antikuiti Sherif Fathy kepada Sputnik/RIA Novosti pada Rabu.

“Dalam tempoh 10 hingga 12 tahun lalu, sebanyak 30,000 artifak telah dikembalikan,” kata Fathy.

Awal tahun ini, Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir Mohammed Ismail Khaled memberitahu Sputnik/RIA Novosti bahawa Mesir berjaya mendapatkan semula artifak yang dibawa keluar secara haram melalui saluran diplomatik, dengan Kementerian Pelancongan dan Antikuiti melaporkan pemulangan artifak sepanjang tahun lalu.

Pada 2022, ahli arkeologi terkenal Mesir dan bekas Menteri Pelancongan dan Antikuiti Zahi Hawass melancarkan petisyen menggesa Muzium British dan Muzium Louvre supaya memulangkan Rosetta Stone dan Dendera Zodiac masing-masing kepada Mesir, namun tiada maklum balas diterima setakat ini. – Bernama-Sputnik/RIA Novosti

BERITA LAIN

BERITA TERBARU