ARTIKEL

Mesyuarat khas PBB cetus spekulasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mesyuarat khas parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diadakan secara tertutup di ibu pejabat parti itu di sini semalam menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai senario politik tanah air khususnya di Sarawak.

Tambahan pula mesyuarat itu diadakan selepas Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan beberapa presiden parti politik menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu pertemuan di Putrajaya pada Rabu lepas.

Ketika angin Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 mulai bertiup kencang, mesyuarat itu menimbulkan tanda tanya yang signifikan – sama ada ia turut membincangkan tarikh keramat berkenaan – yang menjadi hala tuju baharu buat negeri itu.

Abang Johari yang juga Presiden PBB tiba di pekarangan bangunan pejabat parti sekitar 10.45 pagi dan dipercayai mempengerusikan mesyuarat berkenaan pada jam 11 pagi.

Turut kelihatan, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan ahli Majlis Tertinggi PBB, antaranya Menteri Kanan (Infrastruktur) Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beberapa anggota kabinet Sarawak turut dilihat memasuki bangunan berkenaan, antaranya Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah dan Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur, Datuk Julaihi Narawi.

PRN Sarawak ke-11 diadakan pada 7 Mei 2016 dan tempoh akhir untuk mengadakan pilihan raya berikutnya ialah pada Julai 2021.

Namun, berdasarkan rekod lepas, PRN Sarawak diadakan setahun lebih awal daripada tarikh penggal Dewan Undangan Negeri berakhir.

Pada PRN-11, empat parti komponen Barisan Nasional (BN) dari Sarawak – PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) memenangi 72 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sebelum mengumumkan keluar dari komponen BN pada 12 Jun 2018 susulan kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).– Bernama

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha