ARTIKEL

ALBUM... Michael (duduk tengah) serta tetamu lain bergambar kenangan semasa Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli MDS di Dewan Sri Krian, hari ini. Foto. OSMAN RAZALI

Mesyuarat penuh ahli majlis PBT diadakan sebulan sekali

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Mesyuarat penuh majlis daerah akan dilaksanakan setiap bulan atau 12 kali setahun, berbanding empat kali setahun sebelum ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, ini bagi memenuhi tuntutan tugas pihak berkuasa tempatan (PBT) yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

“Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MHPLG), tidak lama lagi akan melancarkan pertukaran kekerapan mesyuarat penuh majlis untuk majlis daerah.

“Sekarang kita tukar kepada setiap bulan… termasuk jawatankuasa tetap, juga mesyuarat bulanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah Saratok (MDS) di Dewan Sri Krian, hari ini.

Beliau percaya pertukaran polisi untuk bermesyuarat setiap bulan akan memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan lebih cepat.

Pagi tadi menyaksikan 32 ahli MDS mengangkat sumpah sebagai kaunselor diketuai Pegawai Daerah Saratok Muhammad Dino Amid selaku pengerusi untuk tempoh bermula 1 April 2025 hingga 31 Mac 2028.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha