ARTIKEL

Mesyuarat Perwakilan Cawangan PBB Zon Utara: 1,600 perwakilan dijangka hadir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Mesyuarat Perwakilan Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Utara dijadualkan berlangsung di Hotel Pullman Miri, pada Sabtu.

Ia akan dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, selaku Presiden PBB.

Dijangka 1,600 perwakilan daripada 18 cawangan PBB di kawasan zon utara menghadiri acara penting ini.

Ia melibatkan perwakilan dari Belaga, Murum, Jepak, Tanjung Batu, Kemena, Bekenu, Lambir, Piasau, Pujut, Senadin, Marudi, Telang Usan, Mulu, Bukit Kota, Batu Danau, Lawas, dan Bukit Sari.

Semasa raptai penuh pada hari ini, para perwakilan menyuarakan harapan mereka dan menekankan kepentingan perpaduan serta kepimpinan dalam memastikan kemajuan Sarawak.

Ketua PBB Cawangan Piasau, Ariffin Mohamad dari menegaskan bahawa acara ini adalah penting sebagai platform untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan ahli.

Sementara itu, Ketua Sayap Wanita PBB Lambir, Zanani Salleh meluahkan keyakinannya dalam kelancaran mesyuarat yang bakal berlangsung itu.

Awang Tengah bersama-sama dengan perwakilan PBB zon utara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU