ARTIKEL

Fadillah ketika ditemui selepas Program Bicara Eksekutif MADANI di Dewan Utama Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sarawak, di sini, hari ini.

Mesyuarat teknikal MA63 tumpu isu pendidikan dan kesihatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penggunaan Bahasa Inggeris dalam penyampaian subjek berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menjadi antara fokus yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Kuala Lumpur, esok.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara tersebut mempunyai hubung kait dengan bidang pendidikan yang dituntut oleh Sarawak.

Bagaimanapun, katanya, terdapat kekangan dalam isu ini kerana negara mempunyai dasar nasional melibatkan keseragaman dari segi silibus, kurikulum dan sebagainya.

“Jadi, sekiranya ada yang berubah daripada dasar itu, mungkin keseragaman tidak wujud. Salah satu cara kita nanti adalah mengekalkan dasar tetapi membuat penambahan yang sesuai.

“Esok (18 Ogos) saya akan mendengar laporan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63, dan perkara ini adalah apa yang akan dibentangkan,” katanya ketika ditemui selepas Program Bicara Eksekutif MADANI di Dewan Utama Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sarawak, di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, Fadillah menambah, autonomi pendidikan yang dipinta itu bukan persoalan tetapi setakat mana yang akan diputuskan lebih penting.

“Autonomi pendidikan yang dipinta bukan isunya, tetapi autonomi setakat mana yang dapat diberi dan itu akan diputuskan esok (18 Ogos),” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa isu berkaitan kesihatan turut menjadi agenda utama yang akan dibentangkan, termasuk cadangan penubuhan Pusat Kanser Sarawak.

“Kesihatan dengan pendidikanlah yang akan dibentangkan esok,” katanya ringkas.

Mesyuarat Teknikal MA63 menjadi platform penting untuk Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak dan Sabah menyemak semula pelaksanaan hak-hak negeri termasuk dalam isu pendidikan dan kesihatan di bawah perjanjian pembentukan Malaysia.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha