ARTIKEL

Meta beri komitmen bendung jenayah siber di negara ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil semalam berkata pihak Meta Platforms Inc (Meta) menyatakan komitmen dan kesediaan bekerjasama erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membendung jenayah dalam talian.

“Saya percaya  kerjasama yang terjalin membolehkan jenayah scam, judi dalam talian dan isu 3R di platform Meta  dapat dikurangkan,” katanya katanya menerusi catatan di Facebook hari ini selepas mempengerusikan perjumpaan bersama Meta, MCMC dan PDRM di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Fahmi berkata pertemuan itu dilakukan susulan peningkatan kes penipuan, judi dalam talian dan isu 3R iaitu agama (religion), institusi Diraja (royalty) dan kaum (race) ketika ini.

“Kerugian yang ditanggung rakyat Malaysia bagi tempoh Januari – Mei 2023 menerusi platform Meta  (Facebook, Instagram, dan WhatsApp) mencecah hampir RM330 juta.

Ini merupakan peningkatan 25 peratus berbanding Januari hingga Disember 2022,” katanya.

Turut hadir timbalannya Teo Nie Ching, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Ma Sivanesan,  Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia  Datuk Dr Amiruddin Abdul Wahab, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain serta pengurusan tertinggi PDRM.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Rayong cadang Engkilili dinaik taraf jadi daerah penuh

KUCHING: Cadangan menaik taraf Daerah Kecil Engkilili kepada daerah penuh perlu dipercepat bagi memudahkan urusan penduduk dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan, khususnya kepada masyarakat di