ARTIKEL

MetMalaysia tidak keluar amaran tsunami, siren berbunyi dikhuatiri masalah teknikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjelaskan tidak mengeluarkan  sebarang amaran atau nasihat tsunami pada masa ini susulan kejadian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Kota Belud, Sabah yang berbunyi awal pagi ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan kejadian siren SAATNM di kawasan Masjid Imam Haji Mustapah, Kota Belud, yang berbunyi dikhuatiri kerana masalah teknikal.

“… tindakan sewajarnya sedang diambil. MetMalaysia memohon maaf atas sebarang kekeliruan dan kesulitan yang timbul ekoran kejadian ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan orang ramai boleh mendapatkan maklumat sahih berkenaan gempa bumi dan tsunami menerusi laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia serta hotline 1-300-221638.

— BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan