ARTIKEL

Kekecohan membabitkan pemain dan pegawai Kuching City FC serta Selangor FC pada aksi separuh akhir kedua Piala FA 2026/2027 di Stadium Taha Ariffin, Ahad lalu.

MFL serah bukti kekecohan Kuching City-Selangor kepada FAM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menyerahkan laporan lengkap dan bukti insiden kekecohan membabitkan Kuching City FC serta Selangor FC kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk penelitian dan tindakan lanjut.

MFL menerusi kenyataan rasminya memaklumkan, semua maklumat daripada komisioner perlawanan, koordinator perlawanan, kumpulan pengadil, penilai pengadil dan Ketua Pegawai Medan dikumpulkan sebelum diserahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Kekecohan membabitkan pemain dan pegawai Kuching City FC serta Selangor FC pada aksi separuh akhir kedua Piala FA 2026/2027 di Stadium Taha Ariffin, Ahad lalu.
Kekecohan membabitkan pemain dan pegawai Kuching City FC serta Selangor FC pada aksi separuh akhir kedua Piala FA 2026/2027 di Stadium Taha Ariffin, Ahad lalu.

“MFL turut meneliti dan mengkaji sebarang tindakan susulan yang boleh diambil berdasarkan peraturan serta bidang kuasa diperuntukkan kepada MFL.

“MFL memandang serius insiden yang berlaku ini dan menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati terlibat mencetuskan kekecohan dan berkelakuan tidak wajar sehingga mengetepikan prinsip semangat kesukanan yang tinggi,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Kekecohan membabitkan pemain dan pegawai Kuching City FC serta Selangor FC pada aksi separuh akhir kedua Piala FA 2026/2027 di Stadium Taha Ariffin, Ahad lalu.

Penyerahan laporan tersebut membolehkan Jawatankuasa Tatatertib FAM meneliti kejadian berkenaan dan menentukan tindakan sewajarnya berdasarkan peraturan serta bukti yang dikemukakan.

BERITA LAIN

PDRM A juara Tenis Antara Bahagian Sarawak

KUCHING: Pasukan PDRM A muncul juara Kejohanan Tenis Antara Bahagian Sarawak 2026 selepas menewaskan PTBS Rassnorm 2-1 dalam aksi final yang berlangsung sengit di Kompleks

Tipak Nyawu berpotensi jadi tarikan sukan masyarakat

MUKAH: Permainan tradisional Tipak Nyawu berpotensi dikembangkan sebagai salah satu tarikan sukan masyarakat yang dapat menarik penyertaan lebih meluas, selain memastikan warisan budaya masyarakat Melanau

BERITA TERBARU

Liputan Internet Malaysia cecah 99.75 peratus

DOHA: Liputan Internet di kawasan berpenduduk di Malaysia mencapai 99.75 peratus sehingga September 2026, manakala jumlah langganan 5G merekodkan sebanyak 31.3 juta. Menteri Komunikasi, Datuk