ARTIKEL

Tipak Nyawu berpotensi jadi tarikan sukan masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Permainan tradisional Tipak Nyawu berpotensi dikembangkan sebagai salah satu tarikan sukan masyarakat yang dapat menarik penyertaan lebih meluas, selain memastikan warisan budaya masyarakat Melanau terus dipelihara.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dr Abdul Yakub Arbi berkata, permainan yang bermaksud memutuskan tali layang-layang dalam bahasa Melanau itu pernah popular dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat umur, khususnya di Mukah.

RAKAM KENANGAN: Yakub merakam kenangan bersama yang lain selepas majlis tersebut.

“Permainan ini bukan sahaja memerlukan kemahiran menghasilkan layang-layang dengan reka bentuk bersesuaian, malah turut menuntut kepakaran dan strategi ketika bertanding.

“Gabungan kemahiran dan strategi tersebut menjadikan Tipak Nyawu permainan yang menyeronokkan serta mampu menghidupkan semula suasana permainan tradisional dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Tipak Nyawu Piala Tugek P213 Mukah di Tugek Kala Dana, baru-baru ini.

Yakub berkata, penganjuran pertandingan itu turut menjadi platform untuk memperkukuh perpaduan dan persahabatan apabila mendapat penyertaan serta sokongan masyarakat berbilang kaum.

Katanya, pertandingan itu mampu menjadi salah satu medium untuk melahirkan generasi yang sihat, selain menggalakkan masyarakat menjadikan permainan tradisional sebagai aktiviti riadah.

Dalam pada itu, beliau memuji komitmen jawatankuasa penganjur yang berjaya menghimpunkan seramai 33 peserta dari pelbagai kampung di kawasan Mukah, Dalat, termasuk Bintulu.

“Penyertaan dari kawasan tersebut membuktikan Tipak Nyawu mempunyai potensi untuk terus berkembang dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

“Saya berharap pertandingan seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan warisan permainan tradisional masyarakat Melanau terus terpelihara.

“Pada masa sama, ia menjadi wadah mengeratkan hubungan silaturahim dan perpaduan masyarakat setempat,” tambahnya.

Dalam pertandingan itu, Lai Tanjung menguasai tiga kedudukan teratas apabila muncul johan, naib johan dan tempat ketiga, sekali gus membawa pulang piala, wang tunai keseluruhan RM2,500 serta tiga hamper utama.

Tempat keempat dimenangi Ran LMKF yang menerima piala, wang tunai RM300 dan sebuah hamper.

Sementara itu, Afiq 87, Flex Amow, Galazo dan Bossku Ayat masing-masing menduduki tempat kelima hingga kelapan dengan setiap pemenang membawa pulang piala, wang tunai RM200 serta sebuah hamper.

BERITA LAIN

Sarawak teroka hidrogen ganti bahan api fosil

BINTULU: Sarawak mempergiat transformasi sektor perindustriannya ke arah ekonomi rendah karbon menerusi pelaksanaan empat inisiatif perintis di bawah Kluster Peralihan Industri (Transitioning Industrial Clusters atau

BERITA TERBARU

Malaysia perkukuh keselamatan siber

DOHA: Malaysia sedang membangunkan pelan nasional bagi peralihan infrastruktur maklumat kritikal negara kepada kriptografi pascakuantum sebagai sebahagian usaha memperkukuh keselamatan siber dan mempersiapkan negara menghadapi