ARTIKEL

PDRM A juara Tenis Antara Bahagian Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan PDRM A muncul juara Kejohanan Tenis Antara Bahagian Sarawak 2026 selepas menewaskan PTBS Rassnorm 2-1 dalam aksi final yang berlangsung sengit di Kompleks Tenis Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak (PTBS), di sini, semalam.

Kejayaan itu menyaksikan PTBS Rassnorm berpuas hati sebagai naib juara, manakala Sarikei dan PTBS Utara masing-masing menamatkan saingan di peringkat separuh akhir kejohanan yang berlangsung dari 5 hingga 9 November lalu.

PTBS menerusi kenyataan rasminya memaklumkan, penganjuran bersama Kejohanan Tenis Tertutup Sarawak 2026 berjaya itu menghimpunkan pemain dari pelbagai bahagian, pasukan dan peringkat umur di seluruh negeri.

Barisan pemenang merakam gambar kenangan setelah tamat Kejohanan Tenis Antara Bahagian Sarawak 2026.

“Kejayaan penganjuran kedua-dua kejohanan ini mencerminkan komitmen berterusan PTBS dalam memperkukuh pembangunan sukan tenis di Sarawak.

“Melalui pertandingan seperti ini, kami menyediakan platform persaingan kepada pemain tempatan, menggalakkan penyertaan pelbagai peringkat umur serta mengeratkan hubungan antara pemain dari seluruh negeri,” kata kenyataan itu, semalam.

Menurut PTBS, kejohanan berkenaan memainkan peranan penting dalam menyediakan lebih banyak peluang pertandingan kepada pemain tempatan, selain memperkukuh usaha pembangunan sukan tenis di Sarawak.

“Kami berharap kerjasama berterusan dengan agensi kerajaan dan rakan strategik dapat membantu melahirkan lebih ramai bakat tempatan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Kejohanan Tenis Tertutup Sarawak 2026 menyaksikan Philimon Kana Panting merangkul gelaran perseorangan lelaki selepas menundukkan Muhamad Syazwan Abd Rahman dengan keputusan 6-4, 6-1.

Bagaimanapun, Syazwan berjaya menebus kekecewaan dalam acara beregu lelaki apabila bergandingan dengan Ryoga Kho untuk menewaskan Saprizan Sapri dan Zainul Ariffin 6-3, 6-3 bagi meraih kejuaraan.

Dalam kategori veteran, Shuairi Zawawi muncul antara pemain paling menyerlah apabila meraih dua gelaran menerusi acara perseorangan dan beregu lelaki.

Shuairi menewaskan Amin Tamel dalam final perseorangan veteran sebelum bergandingan dengan Sanjay Bana untuk mengatasi Amin Tamel dan Haji Zainoren Alek 8-1 bagi merangkul kejuaraan beregu veteran.

Kedua-dua kejohanan itu dianjurkan PTBS dengan kerjasama UDA Property sebagai rakan strategik serta sokongan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MySED).

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Penolong Naib Presiden 2, Jabatan Jualan dan Pemasaran UDA Property, Nur Khairunnisa Zolkifli bersama Presiden PTBS, Ruslan Bujang.

BERITA LAIN

Lokasi strategik Sarawak tarik banyak pelaburan

KUCHING: Kelebihan dari segi lokasi strategik, kos tenaga yang kompetitif serta ketersediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi menjadikan Sarawak destinasi berpotensi untuk menarik lebih banyak pelaburan,

BERITA TERBARU