ARTIKEL

MIBW tarik pelancong ke Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Penganjuran Miri International Bike Week (MIBW) 2019 mampu menarik ramai pelancong sekali gus merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi di Miri.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, penganjuran sedemikian dapat menarik lebih ramai peminat motosikal mahupun pelancong dari pelosok negeri untuk datang ke Sarawak.

“Penganjuran program sebegini membantu dalam meningkatkan industri pelancongan serta ekonomi kita.

“Saya berharap acara tahunan sebegini berterusan diadakan pa- da masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Miri International Bike Week (MIBW) 2019, di Coco Cabana di sini, semalam.

Sementara itu, program MIBW 2019 anjuran kelab Motorsikal Jaguh Miri (KMJM) menghimpunkan peminat dan pemilik motosikal pelbagai jenis dari seluruh negara, Brunei Darussalam, Thailand dan negara lain.

Antara aktiviti pada MIBW 2019 ialah pertunjukan motosikal, pameran tatu, pertandingan Beauty & The Bike, MIBW 19 Ride, Mr Fitness, Gigs, persembahan daripada band jemputan, gerai jualan makanan dan minuman dan sebagainya.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU