ARTIKEL

Michael Manyin angkat martabat Bidayuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyandang Dun Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep menyifatkan Datuk Amar Michael Manyin Jawong sebagai pemimpin veteran yang telah bekerja keras untuk menyumbang kepada Sarawak dan rakyat.

Malah, katanya dalam sepanjang kariernya, penyandang Dun Tebedu dan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi itu telah membanggakan serta mengangkat martamat komuniti Bidayuh sehingga dihormati bukan sahaja di Sarawak bahkan Malaysia.

“Komuniti Bidayuh berbangga menggelarkan diri mereka Bidayuh, ia adalah kerana Datuk Amar Michael Manyin.

“Beliau telah berusaha untuk menubuhkan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dan mendokumentasikan tanah hak adat Bumiputera (NCR) melalui persatuan itu dan kini, kerajaan negeri mengiktiraf dokumentasi tanah NCR Bidayuh.

“Beliau menubuhkan lima sekolah swasta antarabangsa untuk Sarawak dan sekarang kerajaan sudah mula membina sekolah-sekolah itu,” katanya sambil menambah bahawa Manyin juga telah memperjuangkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Henry menambah Manyin juga telah berusaha keras untuk menjadikan Serian sebagai bahagian dan Tebedu sebagai daerah.

Selain itu, katanya semasa Manyin menjadi Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi, banyak kawasan Bidayuh telah dihubungkan dengan jalan raya.

“Saya percaya hampir 90 peratus kawasan Bidayuh sudah dihubungkan dengan jalan raya,” katanya.

Dalam pada itu, Henry berkata juga tidak kedekut dengan dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

“Beliau telah banyak berkongsi geran MRP kepada saya, walaupun saya meminta untuk kawasan saya sendiri.

“Beliau sangat membantu dan tidak tamak…beliau seorang pemimpin yang sangat adil dan tidak memikirkan dirinya sendiri sebaliknya memikirkan masyarakat secara keseluruhan,” katanya.

Turut menyifatkan Manyin yang merupakan salah seorang mentor politiknya, Henry berkata pernah cuba memujuknya untuk tidak bersara tetapi pemimpin veteran Bidayuh itu berkata tidak.

“Beliau sebenarnya pernah menyebut hasratnya untuk berundur dua tahun lalu bagi memberi laluan kepada muka baharu daripada generasi muda.

“Beliau berkata ‘Saya sudah berusia lebih 70 tahun, saya tidak boleh tamak, biarkan orang muda memimpin.’ Itu adalah kata-kata yang sangat ikhlas daripadanya,” katanya.

Justeru, dengan pemergian Manyin daripada arena politik, Henry berkata beliau telah meninggalkan kekosongan besar untuk diisi.

“Kami akan merindui kepimpinan beliau dan berharap beliau akan terus aktif, walaupun mungkin bukan dalam politik.

“Kami berharap beliau akan terus memberi nasihat kepada kami dan saya percaya ilmu serta pengalamannya masih berharga kepada masyarakat,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha