ARTIKEL

Microsoft bakal berdepan saman kolektif £1.7 bilion berkaitan pengkomputeran awan di UK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Microsoft bakal berdepan kes tindakan kolektif bernilai £1.7 bilion (US$2.3 bilion) di United Kingdom (UK) atas dakwaan “menyalahgunakan kedudukan dominan” dalam pengkomputeran awan, lapor PA Media/dpa, memetik keputusan tribunal.

Lebih 59,000 perniagaan dan organisasi di UK secara kolektif menuntut pampasan daripada gergasi teknologi global itu selepas didakwa dikenakan caj berlebihan bagi penggunaan Windows Server pada perkhidmatan awan pesaing.

Pada 21 April, Tribunal Rayuan Persaingan memutuskan yang tuntutan itu boleh diteruskan ke peringkat perbicaraan.

Tribunal itu turut meluluskan Perintah Prosiding Kolektif (CPO) secara opt-out, yang membolehkan perniagaan terbabit menyaman secara kolektif, bukannya secara individu.

Dalam penghakiman mereka, tribunal yang dipengerusikan oleh Adam Johnson menyatakan yang “tuntutan itu jelas melepasi ambang dengan mempunyai prospek kejayaan yang nyata”.

Maria Luisa Stasi, pakar peraturan pasaran digital yang juga seorang peguam, memfailkan kes itu bagi pihak perniagaan terlibat, yang boleh menuntut pampasan sekiranya berjaya.

Beliau berkata: “Keputusan hari ini merupakan detik penting bagi ribuan organisasi yang terjejas oleh tindakan Microsoft serta dalam memastikan sektor penting ekonomi kekal inovatif dan terbuka.

“Selama bertahun-tahun, amalan Microsoft memberi kesan kewangan sebenar kepada organisasi awam dan swasta.

“Saya kini menantikan persiapan untuk perbicaraan dan mendapatkan semula wang mereka bagi pihak mereka.”

Tuntutan itu menuduh Microsoft menyalahgunakan kedudukannya melalui amalan pelesenan berkaitan sistem operasi Windows Server serta perkhidmatan pengkomputeran awan, khususnya platform Microsoft Azure. — Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi