ARTIKEL

Microsoft buang 650 pekerja, diberi pampasan dan perkhidmatan bantuan penempatan kerja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Microsoft mengumumkan pada Khamis bahawa ia akan memansuhkan 650 pekerjaan di unit permainan Xbox, lapor Agensi Anadolu (AA).

Langkah itu diambil ketika syarikat teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu menyasarkan untuk mengatur semula perniagaannya bagi “kejayaan jangka panjang”, menurut satu memo yang diterbitkan dalam beberapa laporan berita.

Microsoft berkata pekerja yang meninggalkan syarikat akan menerima pakej pampasan merangkumi faedah pemberhentian, penjagaan kesihatan lanjutan dan perkhidmatan bantuan penempatan kerja.

Pakej pampasan akan berbeza di luar AS, bergantung kepada lokasi.
Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Gaming Phil Spencer berkata akan terdapat kesan kepada pasukan lain dalam syarikat itu, kerana “mereka perlu menyesuaikan diri dengan perubahan keutamaan dan menguruskan kitaran hayat serta prestasi permainan,” menurut memo berkenaan.

Langkah ini merupakan kali ketiga Microsoft mengurangkan tenaga kerja dalam bahagian permainan selepas menyelesaikan perjanjian pemerolehan syarikat permainan video Activision Blizzard bernilai US$69 bilion pada Oktober 2023.

Syarikat itu pada akhir Januari tahun ini mengumumkan bahawa ia akan memberhentikan sembilan peratus daripada bahagian permainan, beberapa bulan selepas perjanjian itu selesai. – BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi