ARTIKEL

RAMPAS… Dadah jenis syabu seberat 6.15 gram yang berjaya dirampas.

Miliki 6.15 gram syabu, lelaki dengan dua rekod jenayah lampau ditangkap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan yang mempunyai dua rekod jenayah lampau ditahan bersama 6.15 gram dadah disyaki syabu bernilai RM1,950 di Kampung Siol Kandis, di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, suspek yang berusia 29 tahun terbabit ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Kuching sekitar jam 1.20 petang.

“Ketika kejadian, pasukan telah membuat serbuan dan menangkap seorang lelaki tempatan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Menurut Ahsmon, sebanyak 6.15 gram dadah disyaki syabu bernilai RM1,950 turut dirampas sementara suspek didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Katanya, suspek kini direman selama empat hari sehingga 12 Februari depan.

“Sekiranya disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun, dan disebat tidak kurang tiga sebatan serta tidak lebih sembilan sebatan,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengalu-alukan orang ramai jika mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah supaya melaporkan terus kepada pihak polis.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU