ARTIKEL

Miliki Bir, Rokok Tidak Bercukai, Lelaki Didenda RM500

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman denda RM500 atau penjara satu minggu oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana memiliki 217 karton bir dan 153 karton rokok pelbagai jenama tanpa cukai.

Tertuduh, 31, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah premis dalam sebuah kedai runcit di Jalan Kuching-Serian, sekitar 1 petang, 26 September lalu.

Pendakwaan kes mengikut Seksyen 37(1) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1958 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan dan denda hingga RM500, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, ia susulan Ops Taring Alpha membuat serbuan di sebuah premis di Batu 22, Jalan Kuching-Serian.

Hasil pemeriksaan mendedahkan terdapat pelbagai jenama minuman bir dan rokok yang disyaki tidak bercukai di dalam premis terbabit.

Selain itu, lelaki yang menjaga premis tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen pelepasan cukai yang sah daripada Kastam semasa diminta oleh pihak polis.

Susulan itu, tertuduh ditahan bersama dengan barang rampasan iaitu 217 karton bir dan 153 karton rokok pelbagai jenama.

Siasatan lanjut mendapati tertuduh gagal memberikan alasan munasabah atas pemilikan barang kes yang tidak bercukai terbabit.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Aqila Morsalin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Fadillah gesa percepat Grid Tenaga ASEAN

KUCHING: Malaysia menggesa kerjasama serantau diperkukuh bagi mempercepat pembangunan Grid Tenaga ASEAN (ASEAN Power Grid) sebagai langkah strategik menjamin keselamatan bekalan elektrik dan memperkukuh daya

BERITA TERBARU

Fadillah gesa percepat Grid Tenaga ASEAN

KUCHING: Malaysia menggesa kerjasama serantau diperkukuh bagi mempercepat pembangunan Grid Tenaga ASEAN (ASEAN Power Grid) sebagai langkah strategik menjamin keselamatan bekalan elektrik dan memperkukuh daya