MIRI: Minat dan hobi anak-anak perlu disokong ibu bapa supaya jadi karier pada masa hadapan.
Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, sokongan para ibu bapa akan membentuk bakat terpendam mereka yang boleh membawa nama sehingga ke peringkat antarabangsa.
Adalah baik untuk membiarkan anak-anak meneruskan apa yang mereka suka, hobi dan minat mereka.
Kita tidak pernah tahu anak-anak akan menjadi hebat,
Mungkin mereka bermula dari Miri kemudian Sarawak, dan akhirnya mungkin menjadi terkenal dan diiktiraf di seluruh dunia.
Beliau berkata demikian pada sidang media Kumarsutra Nationwide Miri Dan Kuching di sini, pada hari ini.





