ARTIKEL

Minuman keras 25,103.04 liter tanpa cukai kastam dirampas di Sri Aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Sejumlah 25,103.04 liter minuman keras pelbagai jenis disyaki tanpa cukai Kastam dirampas hasil dua operasi serbuan di Jalan Hollis Sri Jaya Park dan Jalan Kerja Kampung Sri Wangi, pada Sabtu.
Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak Herman Shah Abdullah berkata tempat persembunyian itu dikesan hasil risikan dan maklumat oleh Cawangan Khas (E5) Polus Diraja Malaysia (PDRM) sebelum diserbu sekitar jam 11.05 pagi.
Menurutnya operasi serbuan Ops Cili terbabit merupakan kolaborasi di antara pasukan E5 PDRM bersama Cawangan Operasi Darat Ibu Pejabat JKDM Kuching.
“Barang tidak berkastam ditemui disembunyikan di dalam premis lot tidak bernama yang dijadikan sebagai stor serta di dalam beberapa buah bilik sebuah rumah untuk mengaburi pihak penguat kuasa.
“Jumlah anggaran nilai keseluruhan minuman keras yang dirampas adalah RM271,976.84 dan jumlah cukai duti cukai terlibat sebanyak RM402,535.15,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dedahnya kesemua minuman keras itu disyaki merupakan bekalan bagi tujuan pasaran menjelang Tahun Baru Cina di sekitar Sri Aman.
Tegasnya kedua-dua kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.
Herman pada masa sama menyeru orang ramai untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan barangan larangan atau kawalan tanpa permit import.
“Orang awam yang mempunyai maklumat terhadap kegiatan berkaitan boleh menghubungi talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855, laman sesawang aduan awam iaitu http://aduan.customs.gov.my atau melaporkan di pejabat Kastam berhampiran.
“JKDM memberi jaminan identiti setiap pemberi maklumat akan dirahsiakan,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha