Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Minuman keras, rokok tidak bercukai bernilai RM1.15 juta dirampas

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak telah merampas minuman keras dan rokok tanpa cukai bernilai RM1.15 juta dalam tiga serbuan berasingan.

Ketua Polis Daerah Kuching, serbuan dijalankan di Jalan Canna, Jalan Tan Sri Datuk Amar Sim Kheng Hong dan Jalan Chan Bee Kiew pada 26 September hingga 6 Oktober telah merampas sebanyak 865,440 batang rokok pelbagai jenama dan 3,682 kotak minuman keras pelbagai jenama.

Katanya, dalam serbuan tersebut, pasukan operasi turut menangkap seorang majikan dan tiga orang pekerja berusia lingkungan 20 tahun ke 46 tahun.

Beliau berkata, modus operandi yang digunakan dalam kegiatan ini menjadikan kedai serbaneka sebagai tempat menyimpan dan menjual barangan tidak bercukai bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Hasil siasatan mendapati kegiatan kumpulan ini dan beberapa kumpulan yang lain menjadikan Kuching sebagai hab penyimpanan sementara bagi barang yang tidak bercukai ini.

Ashmon menunjukkan bir yang dirampas dalam tiga serbuan berasingan pada 26 September hingga 6 Oktober lalu.

“Bekalan dipercayai berasal dari sempadan dan kemudian di bawa masuk ke Kuching sebelum diagihkan ke tempat-tempat yang lain,” katanya pada sidang media di Balai Polis Tabuan Jaya, di sini hari ini.

Ashmon berkata, siasatan masih dijalankan oleh pihaknya bagi mengesan lokasi agihan barangan yang tidak bercukai tersebut.

Justeru, katanya, orang ramai dinasihatkan untuk memberi kerjasama menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan ini bagi mengekang kemasukan barang yang tidak bercukai.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 13 operasi telah dijalankan sepanjang tahun ini dan nilai barangan yang dirampas bernilai RM2.98 juta.

Susulan operasi itu, Ashmon berkata, seramai 16 orang lelaki dan empat orang wanita terdiri dari 18 orang warga tempatan dan dua warga Indonesia berusia lingkungan 20 ke 58 tahun telah ditangkap bersama barang rampasan tanpa cukai.

“Dua kes telah dituduh di Mahkamah Kuching manakala selebihnya masih dalam siasatan bagi mendapatkan laporan berkaitan sebelum kertas siasatan dimajukan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Antara kotak minuman keras pelbagai jenama yang dirampas dalam serbuan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru