ARTIKEL

Miri berbangga dapat jadi tuan rumah – Lee Kim Shin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Bangga bandar raya Miri dipilih sebagai tuan rumah untuk Sambutan Hari Sarawak 2020, demikian kata Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin. Menurutnya, sambutan Hari Sarawak pada tahun ini yang bertemakan ‘Sarawak Cemerlang’ memberikan makna kepada beliau kerana Miri diberikan peluang untuk menganjurkan program seumpamanya.

“Sebagai penduduk sejati Miri, saya sememangnya berasa bangga apabila Miri diumumkan sebagai tuan rumah untuk sambutan ini.

“Selain itu, saya juga berasa gembira kerana saya percaya sambutan ini dapat memberikan pendedahan tentang bandar raya Miri kepada orang luar,” katanya selaku Adun Senadin di sini.

Beliau berpendapat, melalui penganjuran program yang disiarkan secara langsung melalui televisyen dan media sosial, pastinya Miri akan lebih dikenali dalam kalangan orang luar Sarawak bahkan di luar negara.

Selain itu, Kim Shin turut menyuarakan harapan sempena Hari Sarawak Ke-57, beliau ingin melihat Sarawak berterusan mencapai matlamat menjadi negeri maju dari segi pembangunan dan pelbagai sektor.

“Jika Sarawak berjaya menjadi negeri maju, taraf kehidupan rakyat pun turut meningkat dan itulah yang kami harapkan.

“Untuk merealisasikan impian itu, kita memerlukan kerjasama semua rakyat Sarawak mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin selama ini,” ujarnya

BERITA LAIN

BERITA TERBARU