ARTIKEL

Datuk Miro Simuh membahaskan RUU Pengurusan Sumber Lestari dan Sisa 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 Sarawak, hari ini. GAMBAR: GHAZALI BUJANG

Miro Simuh Kejutkan Dewan, ‘Sisa Sawit Boleh Kayakan Sarawak!’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Konsep sisa kepada kekayaan membolehkan industri sawit Sarawak menukar sisa menjadi biofuel, baja organik, biogas serta karbon teraktif selari dengan objektif Rang Undang-Undang (RUU) Sumber Lestari dan Pengurusan Sisa 2025.

ADUN Serembu, Datuk Miro Simuh berkata, industri sawit telah berjaya menukar pelbagai jenis buangan kepada produk bernilai tinggi sejajar dengan RUU yang menekankan sisa sebagai sumber pendapatan hasil daripada aktiviti kitar semula dan penghasilan tenaga.

“Pendekatan inovatif ini bukan sahaja mengurangkan sisa dan kesan alam sekitar tetapi turut mewujudkan aliran pendapatan baharu kepada industri sawit serta menyumbang kepada ekonomi kitaran.

“Melalui konsep sisa kepada kekayaan, kita dapat mencipta masa depan yang lebih lestari mengurangkan sisa dan menjana manfaat ekonomi kepada masyarakat,” katanya ketika membahaskan RUU Pengurusan Sumber Lestari dan Sisa 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 Sarawak, hari ini.

Menurutnya, buangan seperti tandan kosong (EFB) diproses menjadi pelet atau briket biojisim untuk digunakan sebagai biofuel menggantikan arang batu sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga tidak boleh diperbaharui.

“Selain itu, produk sampingan seperti tempurung, isirung sawit, pelet isirung sawit (palm kernel expeller) dan kek dekantar sawit (palm decanter cake) kaya protein dan digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai makanan ternakan sekali gus mengurangkan pembaziran,” jelasnya.

Beliau turut berkongsi bahawa efluen kilang sawit (POME) dirawat menggunakan mikrob semula jadi dan tumbuhan akuatik untuk menghasilkan tenaga bersih dan air terawat yang digunakan untuk pertanian serta baja organik.

“Teknologi ini sudah meluas di Semenanjung Malaysia dan Indonesia dan akan diperkenalkan di Sarawak melalui SALCRA,” ujarnya.

Katanya, sisa sawit yang melalui proses pemanasan terhad (torrefaction) boleh dijadikan karbon teraktif yang digunakan secara meluas untuk menapis bahan pencemar air dan udara serta arang biologi (biochar) yang meningkatkan kualiti tanah pertanian.

Beliau menjelaskan bahawa, Malaysia menurut rekod pada tahun 2020 menghasilkan 75 juta tan biojisim kering setiap tahun.

“Jika biojisim ini dinilai antara RM200 hingga RM1,000 setiap tan potensi pendapatan sisa boleh mencecah RM10 hingga RM15 bilion setahun.

“Anggaran sebenar mungkin lebih tinggi. Berdasarkan jumlah biomass dan nilai potensi per tan peluang ekonomi ini sangat besar hingga berbilion ringgit setiap tahun,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa bagi memastikan pelaksanaannya berjaya, kerajaan, sektor swasta dan rakyat perlu bekerjasama membangunkan dasar pengurusan sisa yang lestari serta memastikan ia dilaksanakan dengan teratur sebagaimana usaha menggubal RUU itu.

“Kerajaan juga wajar menggalakkan pihak swasta untuk melabur dalam teknologi dan infrastruktur kitar semula melalui pelbagai bentuk sokongan seperti insentif cukai, penyediaan tanah dan kemudahan lain yang diperlukan pelabur,” tambahnya.

Menurutnya, konsep tersebut baru mengambil satu contoh industri iaitu sawit dan belum lagi mengambil kira sisa daripada sektor lain yang mungkin menghasilkan potensi setara.

“Konsep ini telah menyumbang berbilion ringgit kepada ekonomi serta menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat kita.

“Oleh itu, pengenalan RUU ini sangat tepat pada masanya. Jika dilaksanakan secara teratur dan sistematik, potensi hasil masa depan adalah jauh lebih besar, sekali gus meningkatkan pendapatan negeri,” jelasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu