ARTIKEL

Misi kemanusiaan rentas Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MYCARE SARAWAK bakal mengadakan siri jelajah MyCARE Road Tour Sarawak 2026 bermula 24 hingga 29 Julai ini bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu kemanusiaan global, khususnya membabitkan Palestin serta komuniti yang memerlukan bantuan di seluruh dunia.

Program berkenaan akan menghimpunkan masyarakat setempat untuk mendengar perkongsian secara langsung mengenai perkembangan semasa, di samping menyemai semangat keprihatinan dan solidariti dalam kalangan umat Islam di Sarawak.

Sejak penubuhannya, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) memainkan peranan penting untuk melaksanakan pelbagai misi kemanusiaan merentasi sempadan.

Selain menyalurkan bantuan kecemasan, pertubuhan itu turut melaksanakan program pendidikan, kesihatan, pembangunan komuniti dan advokasi bagi memastikan kebajikan golongan terjejas terus terbela.

Jelajah kali ini akan meliputi beberapa lokasi utama di Sarawak dengan siri ceramah dimulakan di Masjid Abyad pada 24 Julai, sebelum diteruskan di Masjid Bahagian Kuching pada 25 Julai.

Pada 26 Julai, dua sesi dijadualkan berlangsung, iaitu selepas solat Subuh di Masjid Jamek serta di Masjid An-Nur, Sibu.

Program kemudian akan diteruskan di Masjid Setia Raja, Mukah pada 27 Julai, Masjid RPR Kidurong, Bintulu pada 28 Julai dan berakhir di Masjid Darul Ehsan, Piasau, Miri pada 29 Julai.

Menerusi program itu, para hadirin berpeluang mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai situasi semasa di Palestin serta mengetahui pelbagai inisiatif bantuan yang dilaksanakan oleh MyCARE.

Selain itu, program berkenaan turut menjadi medium untuk mengeratkan ukhuwah dan mengajak masyarakat bersamasama menghulurkan sumbangan mengikut kemampuan masingmasing.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan MyCARE Road Tour Sarawak 2026 sekali gus menyokong usaha menyemarakkan kesedaran kemanusiaan dalam kalangan masyarakat.

Penganjuran program itu diharapkan dapat melahirkan lebih ramai individu yang cakna, prihatin dan sentiasa bersedia membantu golongan memerlukan, selaras dengan nilai rahmatan lil alamin yang dianjurkan dalam Islam.

BERITA LAIN

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat