ARTIKEL

Miss Universe Filipina 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Michelle Dee dari Makati memenangi gelaran Miss Universe Filipina 2023, mengalahkan 37 pesaing lain pada 13 Mei lalu.

Wanita cantik berusia 28 tahun itu berjaya merangkul gelaran Miss Universe Filipina 2022 daripada Celeste Cortesi untuk merangkul mahkota keduanya dalam pertandingan tersebut.

Michelle merupakan ratu cantik Filipina kedua memenangi kedua-dua mahkota Miss World Filipina dan Miss Universe Filipina.

Sebagai anak kepada Miss International 1979 Melanie Marquez, ramai beranggapan Michelle juga berminat menjadi ratu cantik dunia.

“Saya tak pernah bermimpi untuk mengikuti pertandingan ratu cantik mahupun memenanginya.

Ia tidak pernah terlintas di fi kiran saya sehingga kali pertama saya melangkah ke pentas pertandingan.

“Ramai dapat melihat potensi dalam diri saya dan ia menjadi persoalan; kenapa saya tidak nampak potensi tersebut?

“Ia mendorong saya untuk mencuba nasib setelah beberapa kali menolak diri daripada pertandingan ratu cantik,” katanya memetik media antarabangsa.

Ujarnya, dia sebelum ini berasa tidak bersedia dari segi fi zikal dan mentaliti.

“Saya memberitahu diri saya bahawa ketika saya menyertainya, saya sudah bersedia dalam semua aspek pertandingan itu,” katanya.

BERITA LAIN

ANZALNA NASIR titip doa buat AMIRA

Pelakon Anzalna Nasir turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran rakan baiknya, pelakon dan penyanyi Amira Othman. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Anzalna meluahkan

BERITA TERBARU