ARTIKEL

TAMAN Arkeologi Santubong menjadi mercu tanda baharu dalam peta pelancongan Sarawak.

Misteri Santubong dari sejarah dan arkeologi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAMPUNG Santubong meninggalkan memori besar dalam kehidupan penulis. Ibu berasal dari kampung ini dan di sinilah penulis berkesempatan menikmati hidup suasana kampung tradisi sebenar sekitar tahun 1980- an.

Waktu itu, penulis masih di sekolah rendah, dan balik kampung adalah pengalaman paling menarik, kerana terpaksa menaiki bot ekspres buatan kayu yang bingit enjinnya dari Kuching, sebelum sampai ke muara Santubong.

Untuk tujuan itu, kami terpaksa berbekal makanan ketika berlepas dari Pangkalan Panjang kerana masa perjalanannya agak lama.

Tiba di muara laut yang berada di celah puncak Santubong dan Sejinjang, perahu panjang akan menjemput kami dari perut bot ekspres tersebut, sebelum dihantar ke pinggir pantai yang putih bersih, dan kami kemudian berjalan kaki menuju ke rumah, yang jaraknya tidak kurang 50 meter dari pantai tersebut.

Santubong pada waktu tersebut tidak dapat dimudiki menggunakan jalan darat.

Satu-satunya pengangkutan ke sini adalah melalui jalan laut dan ia menjadikan ia suci daripada sebarang pencemaran.

Bahkan ketika itu pantainya putih bersih, dan tidak pula terdengar akan kehadiran sang buaya seperti sekarang, biarpun di situ sudah wujud Batu Boyak – yang memiliki mitosnya sendiri.

Paling tidak yang menjadi kerisauan “anak bandar” seperti kami adalah sengatan ikan — yang jika terkena, perlu diubat menggunakan kaedah dukun.

Mandi air perigi dan kadangkala untuk “melepas hajat”, terpaksa mengorek pasir di tengah malam. Ini tidak termasuk keseronokan berada di dusun durian ketika musimnya, dan berburu pelbagai haiwan, yang penulis percaya, tapaknya kini telah menjadi sebahagian daripada laluan darat dan kediaman mewah di kaki gunung legenda itu.

Pemandangan lain, hidup lepas bebas kambing dan lembu, dengan najisnya boleh dilihat di merata, sambil satu-satunya kenderaan yang popular adalah basikal.

Pasar berdinding kayu, merupakan syurga beli belah di kampung tersebut.

Jika tidak ada yang mandi air perigi yang dingin, akan ada peti takungan air yang besar, yang sebenarnya untuk menadah air hujan, dengan kepala paip disediakan.

Air ini adalah untuk keperluan air minum dan sebagainya.

Cahaya elektrik, seingat penulis ketika itu menggunakan jana kuasa, jika tidak menggunakan cahaya pelita.

Picisan pengalaman ini menjadikan Santubong begitu “sentimental” kepada penulis.

Jurai keluarga kami masih menghuni di situ, namun berlaku “jurang generasi” yang terlalu besar pada hari ini, sementelah lebih 40 tahun berlalu.

Dan Santubong yang menjadi mimpi indah itu telah bertukar moden, setelah terbinanya Jambatan Santubong yang menghubungnya dengan Kuching, dan menukar wajahnya menjadi destinasi pelancongan dan liburan.

Kerana itu apabila kawasan ini dijenamakan sebagai “Taman Arkeologi Santubong”, ia menggamit rasa manis tidak terhingga bagi penulis. Benar, Santubong kaya dengan sejarah, dan kaya dengan mistiknya.

Bekas pengarah dan kurator Muzium Sarawak, Dr Ipoi Datan pernah menulis bahawa lokasi yang pernah dikaji Tom Harisson ini kaya dengan kesan sejarah proto.

Penemuan iron slag atau tahi besi, stupa Buddha Hindu dan ribuan artifak bukti dagang lain yang dipercayai berasal dari Dinasti Song dan Tang, bagai mengesahkan penemuan ini.

Belum lagi “khazanah istimewa” berupa ukiran batu yang terukir menarik, yang dikenali sebagai batu gambar.

Berdasarkan rekod sejarah, Tom Harrison yang menjadi kurator Muzium Sarawak sejak 1947 (apabila British mula memerintah Sarawak) mendapat ilham tentang Santubong, apabila maklumat mengenainya didedahkan oleh Thomas Henry Huxley pada 1864, selain daripada tulisan Alfred Russel Wallace.

Wallace yang berada di Kepulauan Nusantara, telah dijemput oleh James Brooke ke Sarawak dan menghabiskan 18 bulan di Santubong, menghuni kediaman yang dikenali sebagai “banglo” sambil melakukan minatnya, mengkaji flora dan fauna.

Sudah tentu permulaan kepada kepada kajian Tom Harrison selepas itu adalah pada Batu Gambar yang terletak di kawasan paya di Sungai Jaong.

Batu gambar merupakan arca antropomorfik yang ditemui penduduk tempatan pada tahun 1880-an.

Pada 1948, Harrison memudiki kawasan ini dengan perahu ketika melakukan survei awal, dan mendapati timbunan iron slag di kaki Batu Gambar.

Ini mendorong beliau untuk membuat survei lanjut menggunakan alat pengesan logam untuk menentukan kawasan potensi untuk proses ekskavasi.

Hasilnya, lima kawasan telah dikenal pasti untuk tujuan tersebut iaitu di Sungai Jaong, Sungai Buah, 

BERITA LAIN

Bina impian anak Sarawak

SETIAP kali Belanjawan Sarawak dibentangkan, perhatian masyarakat lazımnya tertumpu pada angka peruntukan, projek pembangunan dan pelan ekonomi negeri. Namun, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

BERITA TERBARU

Rayong cadang Engkilili dinaik taraf jadi daerah penuh

KUCHING: Cadangan menaik taraf Daerah Kecil Engkilili kepada daerah penuh perlu dipercepat bagi memudahkan urusan penduduk dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan, khususnya kepada masyarakat di