ARTIKEL

Mizz Nina dedah cerita sebenar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENYANYI terkenal tempatan, Mizz Nina mendedahkan bahawa bekas suaminya Noh Salleh, mengambil anak angkat mereka iaitu Musa tanpa pengetahuan dan keizinannya.

“Saya mengambil Musa sebagai anak angkat sejak dia berusia dua hari dan saya menyusukannya.

Selama dua tahun Musa tidur di katil yang sama, menghadiri rutin kelas bersama-sama rakan, tetapi sewaktu perjalanan pulang ke KL, dia diambil tanpa izin sedangkan saya mempunyai hak jagaan terhadapnya,” menurut perkongsian Nina di Instagram.

Tambahan Nina, dia tidak tahu lokasi, tidak berkomunikasi atau tidak menerima sebarang foto mahupun video berkenaan Musa selama tiga minggu.

Nina juga menekankan bahawa privasi Musa dan ibu kandung Musa turut terjejas akibat Noh mendedahkan gambar Musa beserta nama ibu kandungnya tanpa kebenaran.

Nina bertindak menceritakan isu ini demi mengelak sebarang fitnah terhadap dirinya dan Musa. 

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU