ARTIKEL

Abang Johari ditemani (dari kiri) Yusuf, Abdul Karim, Safiee dan tetamu kehormat lain menunjukkan Rumah Contoh Model Sapphire di Daro. Foto: Nur Farihan Razali

Model Perumahan Mampu Milik Sarawak Jadi Rujukan Semenanjung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedia berkongsi model pembangunan skim perumahan mampu milik mesra rakyat yang dilaksanakan di negeri ini bagi diaplikasikan di seluruh negara, termasuk Semenanjung Malaysia.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pendekatan baharu yang diperkenalkan kerajaan negeri kini menjadi perhatian beberapa pihak di peringkat Persekutuan, khususnya bagi pembangunan kawasan luar bandar.

“Memang banyak rakan kita di Semenanjung yang belajar daripada apa yang kita buat di Petrajaya, Kuching, Kampung Datu di Sibu dan Kampung Kemuyang. Mereka berminat menjadikan projek ini sebagai model penanda aras untuk dilaksanakan di tempat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Rumah Contoh Model Sapphire di Tapak Skim Pembesaran Kampung (SPK) Kampung Lemang Pek, Kampung Tengah dan Kampung Pantray di Daro hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah; Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi; Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Ir Yusuf Abd Wahab; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Dr Safiee Ahmad serta tetamu kehormat lain.

Mengulas lanjut tentang skim perumahan berkenaan, Abang Johari menjelaskan bahawa kerajaan Sarawak memperuntukkan lebih RM20 juta bagi pembinaan fasa pertama yang melibatkan 59 unit kediaman mampu milik jenis Spektra di Daro dan akan diperluas kepada 131 unit secara berperingkat.

Menurut beliau, setiap unit rumah tersebut mempunyai nilai pasaran sebenar mencecah RM300,000 sekiranya diambil kira kos penyediaan tanah, tembok penahan dan utiliti asas.

“Bagaimanapun, semua kos penyediaan tanah serta infrastruktur tersebut ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak. Rakyat hanya perlu membayar harga rumah pada kadar RM150,000 sahaja.

“Malah, kerajaan negeri turut menyediakan bantuan deposit sebanyak RM10,000. Ini bermakna baki pembiayaan yang perlu ditanggung pembeli hanyalah RM140,000,” jelas beliau.

Beliau menambah kemudahan pinjaman tersebut boleh diuruskan menerusi Mutiara Mortgage & Finance dengan kadar faedah serendah satu peratus sahaja bagi tempoh bayaran balik antara 15 hingga 20 tahun.

Jelas beliau, sistem ini membolehkan golongan sasaran memiliki kediaman sendiri dengan bayaran bulanan yang sangat rendah, iaitu dianggarkan sekitar RM200 hingga RM250 sebulan.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke