ARTIKEL

Ding ketika membentangkan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini, hari ini. GAMBAR: UKAS

Modenkan sektor pertanian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kelulusan akhir projek penanaman padi hibrid berkecekapan tinggi dan pengeluaran benih padi hibrid di Sungai Loba Pasi, Sarikei perlu dipercepat bagi memperkukuh agenda keselamatan makanan Sarawak.

ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, projek kerjasama Onemas Agriculture Sdn Bhd dengan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah melalui LCDA Agri Business Sdn Bhd itu bakal memodenkan sektor pertanian.

“Menurut perkembangan terbaharu daripada LCDA, projek tersebut kini masih menunggu kelulusan akhir daripada Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD) sebelum pelaksanaannya dapat diteruskan.

“Apabila dilaksanakan kelak, projek ini bukan sahaja menjadi pemangkin kepada penanaman padi hibrid di Meradong, malah membolehkan syarikat itu memainkan peranan sebagai petani peneraju dengan menyediakan kepakaran teknikal dan bimbingan kepada pekebun kecil tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini, hari ini.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan