ARTIKEL

Gambar Fail

Mohamad Duri mohon kerajaan bina jalan strategik di Kalaka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri merayu Kerajaan Sarawak agar mempertimbangkan permohonan pembinaan jalan penghubung dari Kampung Pagan ke Kampung Kaba.

Menurut beliau, jalan tersebut merupakan nadi penghubung strategik yang mampu mempercepatkan pergerakan penduduk, memasarkan hasil pertanian serta memudahkan akses kepada perkhidmatan di bandar dan pusat ekonomi berdekatan.

“Sehubungan itu, saya merayu dan memohon perhatian Kerajaan Sarawak agar dapat mempertimbangkan projek pembinaan jalan ini, yang akan menghubungkan Kampung Pagan ke Kampung Kaba dan seterusnya bersambung ke lebuh raya baharu Sarawak (Sarawak Expressway),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Saratok Edisi 2025 di Pentas Utama Sri Kalaka, tebingan Sungai Krian, hari ini, yang disempurnakan Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Tambah Mohamad, jika dilaksanakan, projek itu akan membuka lebih banyak peluang pembangunan di kawasan sekitarnya, sekali gus merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa wajah Saratok bakal berubah apabila projek menaik taraf tebingan Sungai Krian bernilai RM91 juta siap sepenuhnya kelak.

“Projek ini bukan sahaja berfungsi sebagai mercu tanda baharu bagi pekan Saratok, malah turut menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi setempat.

“Kehadiran pelancong dan pengunjung dari dalam serta luar kawasan dijangka dapat merancakkan aktiviti perniagaan kecil, usahawan tempatan dan sektor perkhidmatan,” ujarnya.

Projek tebatan itu yang dibiayai Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) menyediakan ruang rekreasi yang selesa dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat.

Mengulas mengenai Pesta Saratok tahun ini, Mohamad yakin program tersebut telah berlangsung dengan amat berjaya.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU

Samarahan mara ke final

PIALA PREMIER 2026 BINTULU: Samarahan mengesahkan tempat ke final Piala Premier Sarawak 2026 selepas menyingkirkan juara bertahan, Bintulu dengan agregat 4-2. Finalis musim lalu itu