ARTIKEL

Mohamed Khaled meninjau Pusat Simulator CN235 di Bangunan Pusat Simulator.

Mohamed Khaled adakan lawatan ke Pangkala Udara TUDM Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara TUDM Kuching (PU Kuching) hari ini.

Menurut Kementerian Pertahanan, lawatan itu bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat tahap pengoperasian dan kesiagaan TUDM dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara khususnya di Sarawak.

Mohamed Khaled mengadakan lawatan kerja ke PU Kuching.

“Lawatan PU Kuching ini adalah pada hari kedua sempena lawatan Kerja Menteri Pertahanan ke Sarawak setelah mengadakan lawatan ke Kawasan Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) termasuk Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Operasi AWAS atau KERIS PARANG di Pos Serikin semalam,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Operasi AWAS atau Keris Parang merupakan operasi bersama antara Tentera Darat Malaysia dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat yang dilaksanakan atas dasar kolaborasi strategik pertahanan antara Malaysia dan Indonesia dalam menjaga keselamatan daratan di perbatasan antara Sarawak dan Kalimantan Barat.

Semasa lawatan di PU TUDM Kuching, katanya, Mohamed Khalid menerima taklimat berkaitan pengoperasiannya sebelum bergerak ke hangar No.1 Skuadron bagi melihat dengan lebih dekat kesiagaan pesawat milik TUDM jenis CN 235 MSA.

Mohamed Khaled mengadakan lawatan ke Pos Serikin semalam.

Kementerian Pertahanan berkata, beliau turut meninjau Pusat Simulator CN235 di Bangunan Pusat Simulator bagi melihat keupayaan sistem dan kecanggihan teknologi yang digunapakai oleh TUDM dalam menyediakan latihan penerbangan awal khususnya kepada para juruterbang TUDM yang mengendalikan pesawat CN235.

Katanya, Mohamed Khalid juga berkesempatan menyantuni warga PU Kuching disamping menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 20 orang penerima dari kalangan warga TUDM PU Kuching yang menghidap penyakit kronik dan Orang Kelainan Upaya (OKU) serta bantuan Sumbangan Kebajikan Pelajar OKU kepada sembilan orang penerima.

Turut mengiringi Menteri Pertahanan sepanjang lawatan tersebut adalah Panglima Wilayah Udara 2, Mejar Jeneral Datuk Wan Amin Hafiz Wan Mahmud TUDM, Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Mejar Jeneral Datuk Muhammad Tarminzi Mustapha TUDM dan Komander Pangkalan, Leftenan Kolonel Yusrizal Zain TUDM.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha