ARTIKEL

Mohd Ghafar berdepan dua pertuduhan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang suspek kes penipuan pekerjaan rakyat Malaysia di Kemboja, Mohd Ghafar Abd Jamal, 25, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan ke atasnya.

Tertuduh yang diwakili peguam Fadzillah Osman membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistret Kuching hari ini, selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 415 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Katanya pertuduhan pertama dibacakan Timbalan Pendakwa Raya Sarawak, Muhammad Hafiz Musa di hadapan Majistret Nuruhuda Mohd Yusof.

“Mahkamah membebaskan tertuduh dengan bayaran ikat jamin RM5,000 serta dua penjamin tempatan.

“Mahkamah turut mengarahkan pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagi pertuduhan kedua, Mustafa berkata pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya Sarawak, Nadratun Naim di hadapan Majistret Mohd Syukri Mokhtar.

Katanya mahkamah membebaskan tertuduh dengan bayaran ikat jamin RM3,000 dan dua penjamin tempatan di kalangan ahli keluarganya.

“Tertuduh juga dikehendaki melapor diri setiap dua minggu di balai polis berhampiran,” katanya.

Mustafa berkata setakat ini, enam tangkapan sudah dilakukan ke atas kes penipuan pekerjaan membabitkan 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Kemboja pada 11 Disember lalu.

Katanya enam tangkapan berkenaan, dua suspek sudah dituduh di mahkamah iaitu seorang menghadapi satu pertuduhan dan seorang lagi dua pertuduhan.

Mohd Ghafar diiringi polis di Mahkamah Majistret Kuching, hari ini.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU