ARTIKEL

Foto Instagram: mohdrifdean_masdor

Mohd Rifdean raih kemenangan kedua, tumbangkan Petaek dengan TKO

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK, Thailand: Atlet muaythai negara, Mohd Rifdean Masdor, meraih kemenangan kedua berturut-turut selepas menundukkan lawannya dari Thailand, Petaek Sitbigjasskonrakpathum, menerusi ‘technical knockout’ (TKO) dalam pertarungan ONE Friday Fights 71 semalam.

Atlet berusia 21 tahun dari Sarawak itu, yang mewakili pasukan Sor Sommai yang berpangkalan di sini, berkata beliau sangat gembira kerana keluarga dan kawan-kawan dari Malaysia turut hadir memberikan sokongan di gelanggang pertandingan.

“Saya sangat gembira kerana tidak rasa sebarang tekanan dan hanya melakukan yang terbaik untuk memenangi perlawanan itu. Dengan izin Tuhan, saya meraih kemenangan kedua.

“Ini adalah impian saya untuk mendapatkan kontrak berprestij ONE Championship bernilai AS$100,000 (RM460,000) dan tali pinggang yang diidamkan,” katanya kepada BERNAMA.

Mohd Rifdean, yang membawa pulang bonus sebanyak 350,000 baht (RM58,055), turut mengucapkan penghargaan buat jurulatihnya, Bernard Radin, Kerajaan Negeri Perak dan Persatuan Muaythai yang membantu dalam perkembangan prestasinya.

“Saya berlatih bersungguh-sungguh dan mengekalkan disiplin untuk layak mendapatkan kontrak ONE. Saya terus bersedia untuk pertarungan seterusnya,” katanya.

Untuk rekod, Mohd Rifdean mencatatkan kemenangan TKO dengan menundukkan lawannya dari Thailand, Pichai Lookbanmai, dalam pertarungan ONE Friday Fights 56. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU