ARTIKEL

Mohd Safwan, Nur Asmah johan qari dan qariah tilawah al-Quran Bahagian Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Mohd Safwan Mahli dan Nur Asmah Shamsulbahri masing-masing dinobatkan menjadi johan qari dan qariah pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Kuching 2023M /1444H.

Kejohanan disertai seramai 12 peserta terdiri daripada enam orang qari dan enam orang qariah.

Majlis berlangsung selama dua hari bermula Jumaat bertempat di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Induk yang diketuai oleh Pejabat Residen Bahagian Kuching dan kepada semua peserta dan pemenang yang bakal mewakili ke peringkat Negeri nanti.

Hadir sama, ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan; Residen Bahagian Kuching merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bahagian Kuching Fathi Hambali, Mantan ADUN Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu merangkap Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu (LAKIL).

QARIAH…Nancy (empqt kanan) menyerahkan hadiah kepada Juara Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Kuching 2023M/ 1444H, Nur Asmah (empat kiri)

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha