KUCHING: Kumpulan muzik jemputan Sarawak Metal Titan (SMT) 2026 iaitu Moral Deviation bakal melancarkan single baharu mereka berjudul Pertempuran Batin pada acara itu nanti.
Moral Deviation merupakan sebuah kumpulan muzik Death Metal yang berasal dari Kota Singkawang, Kalimantan Barat.
Menurut kumpulan muzik tersebut, ia menceritakan dialektik pertempuran dalam jiwa yang tersembunyi dan diselubungi rasa takut, kemarahan, perasaan bersalah, realiti dan keyakinan yang berbeza, perjuangan mental serta dualisme pemahaman bertentangan.
“Lagu ini menggambarkan permulaan kemenangan melawan konflik dalam diri,” katanya.
Kumpulan ini diasaskan oleh empat anggota pada Oktober 2023 iaitu Devika sebagai vokalis, Eko sebagai pemain bes, Ilham di posisi dram, dan Muja sebagai gitar utama.
Nama Moral Deviation diilham kerana melihat perbezaan atau jurang antara realiti moral yang wujud dengan piawaian etika dalam masyarakat umum.
Definisi ini boleh dikaitkan dengan rasa kemanusiaan serta keadaan moral, sekali gus menjadikan kewujudan Moral Deviation bersifat persuasif untuk mendorong pemikiran yang lebih kritis dalam membaca keadaan masyarakat dan sosial.
SMT 2026 dianjurkan oleh Midlife Crisis Apai Urang dan Restwell Extreme Chapter berlansung di 13 Box Karaoke Bar, 11 April depan.
Menurut penganjur, SMT 2026 merupakan platform yang sesuai bagi kumpulan tempatan mahupun luar negara mempromosikan karya dan kemahiran muzik mereka.
Acara bermula pada 4 petang, menampilkan 10 kumpulan dari dalam dan luar negara
Kemasukan adalah percuma.





