ARTIKEL

Facebook Ministry of Transport Malaysia

MOT rangka pelan tindakan kurangkan pelepasan gas rumah hijau dari kapal, pelabuhan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka Pelan Tindakan Kebangsaan bagi Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau dari Perkapalan dan Pelabuhan untuk memperkukuh usaha menyahkarbon sektor maritim.

Kementerian itu berkata pelan tindakan berkenaan menggariskan langkah jangka pendek, sederhana dan panjang bagi memastikan pematuhan kepada sasaran yang ditetapkan oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO).

Selain itu, MOT turut bekerjasama dengan kerajaan Australia melalui Perkongsian untuk Infrastruktur (P4I) bagi membangunkan rangka kerja peraturan komprehensif yang menyokong pengisian bahan bakar hijau.

MOT berkata tiada sebarang data spesifik yang tersedia untuk mengetahui kedudukan pelepasan karbon dalam industri perkapalan Malaysia berbanding negara-negara di Asia Tenggara.

Namun secara keseluruhannya, negara-negara di Asia menyumbang lebih daripada 58 peratus pelepasan CO2 global pada 2022, mencerminkan tahap cabaran yang dihadapi dalam mengurangkan pelepasan karbon di rantau itu.

MOT menambah Malaysia terus komited untuk bekerjasama dengan rakan serantau dan antarabangsa dalam membangunkan dasar serta teknologi yang menyokong peralihan kepada industri perkapalan rendah karbon.
– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan