ARTIKEL

Motosikal bertembung: Lelaki OKU maut, remaja lelaki cedera parah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GUA MUSANG, Kelantan: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) maut manakala seorang lagi cedera parah selepas mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Kilometer 40 Jalan Gua Musang-Jeli, semalam. 

Che Mohamad Zin Che Hassan, 33, dari Kampung Dalam Lah, Bertam, meninggal dunia di Hospital Gua Musang akibat kecederaan parah pada bahagian badan, tangan dan patah kaki.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata kejadian berlaku semasa OKU dengan masalah pembelajaran itu menunggang motosikal melawan arus di kawasan berhampiran Sekolah Kebangsaan Meranto di sini pada 9.20 malam.

Beliau berkata sebaik keluar dari sebuah kedai, motosikal yang ditunggang lelaki itu terus membelok ke kanan jalan menggunakan laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lagi motosikal ditunggang Muhammad Yusry Abdullah, 19 tahun.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata mayat Che Mohamad Zin dibawa ke Unit Forensik hospital untuk proses bedah siasat, manakala Muhammad Yusry mengalami kecederaan parah di kepala serta beberapa bahagian anggota badan lain dan sedang menerima rawatan di hospital berkenaan. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di talian 09-9121222 atau pegawai penyiasat di talian 0133010408 bagi membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah