ARTIKEL

Sarawak Energy Berhad

MoU PUNB, Sarawak Energy tingkat ekosistem vendor tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Sarawak Energy sebagai langkah memperkasa ekosistem vendor tempatan bagi memacu pertumbuhan ekonomi pembangunan tenaga boleh diperbaharui di Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Izwan Zainuddin berkata, MoU itu sebagai bukti komitmen sokongan pihaknya terhadap perniagaan dan korporat dalam usaha melahirkan vendor tempatan yang berdaya tahan dan berdaya saing.

“Kami bukan sahaja menyokong perniagaan dari segi pembiayaan bahkan secara aktif membina peneraju industri tempatan yang akan membantu melaksanakan projek tenaga yang menjadi teras kepada aspirasi pembangunan Sarawak.

“Kejayaan mereka akan mewujudkan kesan berganda menjana lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi dan memastikan lebih banyak nilai ekonomi kekal di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datuk Sharbini Suhaili berkata, kerjasama ini membolehkan pihaknya menyokong pembangunan vendor Sarawak melalui akses pembiayaan yang lebih baik, pengukuhan keupayaan perniagaan dan peningkatan prestasi penyampaian.

“Ini mencerminkan komitmen kami terhadap Matlamat Pembangunan Mampan 17: Kerjasama Demi Matlamat serta usaha membina rantaian bekalan yang berdaya tahan dan inklusif bagi menyokong pembangunan Sarawak,” katanya.

Terdahulu, majlis menandatangani MoU pada 12 November telah disaksikan oleh Pengurus Besar Bahagian Perniagaan, Razlan Bachik, berserta pengurusan kanan dari PUNB dan Sarawak Energy.

Kerjasama ini dijangka menjadi pemboleh daya langsung kepada visi Sarawak untuk menjadi peneraju serantau dalam sektor tenaga.

Ia sekali gus bertindak sebagai pemangkin utama di samping menyediakan laluan untuk membina kapasiti tempatan serta memastikan vendor bersedia mengambil bahagian dalam projek bernilai tinggi.

Kerjasama strategik ini dijangka memberi tumpuan kepada tiga bidang utama merangkumi penyediaan sokongan kewangan; program promosi, pembangunan dan latihan; serta perkongsian pengetahuan menerusi pertukaran data dan pandangan industri.

BERITA LAIN

Pelaburan RM218.5 bilion cipta 99,030 peluang pekerjaan

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,746 projek pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2026 dijangka mewujudkan 99,030 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan

BERITA TERBARU