KOTA KINABALU, Sabah: MOVON Sdn Bhd, jenama tempatan terkemuka dalam pasaran sewa-ke-milik di Malaysia, dengan bangganya membuka Galeri MOVON yang pertama di Malaysia Timur.
Ini akan membolehkan pelanggan untuk meneroka pelbagai produk dan perkhidmatan inovatif yang direka bagi meningkatkan dan memudahkan kehidupan harian.
Galeri ini berperanan sebagai pusat utama bagi pelanggan untuk meneroka dan memanfaatkan produk terkini daripada syarikat MOVON.
Ia direka khas untuk memudahkan serta meningkatkan kualiti kehidupan keluarga dalam kehidupan seharian.
Pelancaran galeri ini menandakan satu pencapaian yang penting dalam perkembangan MOVON.
Ia membawa penyelesaian yang lebih inovatif dan lebih dekat dengan keluarga di rantau ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Mak Wai Hoong.
“Di Galeri MOVON ini, kami memperkenalkan perkhidmatan pembersihan profesional untuk kelengkapan bayi di kawasan Malaysia Timur.
“Perkhidmatan ini disediakan untuk memberi kemudahan kepada ibu bapa dan keluarga dalam memastikan kelengkapan bayi dapat dibersihkan dan disanitasi dengan baik, teliti dan sempurna.
“Kelengkapan yang bersih dan selamat sudah semestinya dapat memberikan ketenangan fikiran kepada keluarga.
“Pada masa yang sama, penjagaan yang rapi terhadap kelengkapan tersebut dapat memanjangkan jangka hayat produk seperti kereta sorong bayi dan kerusi kereta,” kata Mak Wai Hoong.
“Pembukaan ini mencerminkan keyakinan kami terhadap potensi pasaran.
“Kami akan terus berusaha gigih demi mencapai matlamat kami, iaitu memperluaskan kehadiran jenama MOVON di seluruh Malaysia.”
Galeri MOVON dibangunkan berasaskan tiga teras utama untuk memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa merasai serta mengumpul pengalaman menggunakan kelengkapan bayi berinovatif tinggi serta memanfaatkan perkhidmatan pembersihan profesional di bawah satu jenama yang sama.
Tiga teras utama tersebut adalah:
MOVON Space: Teras ini memberi tumpuan kepada pengeluaran produk rumah pintar yang direka khas untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan keluarga.
MOVON Baby: Bahagian ini dikhususkan untuk rangkaian produk bayi, termasuk kereta sorong dan kerusi kereta, dengan fokus utama kepada keselesaan, keselamatan dan gaya hidup sihat serta ciri-ciri dan reka bentuk yang memudahkan tugas sebagai ibu bapa.
MOVON Expert: Teras ini pula menawarkan perkhidmatan pembersihan secara profesional bagi memastikan kelengkapan bayi, seperti kereta sorong dan kerusi kereta, dapat dibersihkan dan disanitasi dengan teliti untuk menjamin keselamatan dan kesihatan ibu bapa dan bayi sendiri.
MOVON Space adalah antara teras utama yang baru sahaja diperkenalkan dengan tujuan membawa keluarga untuk menikmati dan memanfaatkan ciri-ciri istimewa pada dua produk baharunya, iaitu peti sejuk pintar AI, MOVON ChillMate 508L (V Series), serta mesin cuci dan pengering pintar ‘ultra-slim’, MOVON DuoMate 10.6 (V Series).
Kedua-dua produk baharu ini adalah hasil kerjasama MOVON bersama dengan VIOMI, iaitu peneraju global dalam peralatan rumah pintar.
Kedua-dua produk ini telah didatangkan dengan teknologi algoritma AI, keupayaan Internet Kebendaan (IoT) dan beberapa ciri teknologi canggih yang lain.
Ia dapat memberikan satu pengalaman baharu kepada keluarga ke arah kehidupan yang lebih selesa.
Mak Wai Hoong menekankan kejayaan MOVON Space, dengan mendedahkan bahawa ia telah menerima hampir 6,000 pesanan sejak pelancarannya pada Julai 2024.
Beliau berkata, kejayaan ini membuktikan kehadiran jenama ini di pasaran dan kepercayaan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada produk dan perkhidmatan inovatif MOVON.
“Kami komited untuk memenuhi keperluan pasaran yang sentiasa berubah dan akan terus memperkenalkan produk dan inovasi baharu dalam masa terdekat,” katanya.
Sejak tahun 2021, MOVON memberi tumpuan kepada segmen penyewaan produk bayi, dengan menawarkan kerusi kereta dan kereta sorong bayi berkualiti tinggi dalam pelbagai model dan pilihan warna.
Selain daripada perkhidmatan penyewaannya, MOVON juga menawarkan perkhidmatan pembersihan kelengkapan bayi profesional dan pilihan barangan pengguna yang bergerak cepat (FMCG), seperti pek perjalanan dan tisu bayi.
Syarikat ini mempunyai rancangan untuk memperluas rangkaian produknya ke kedai serbaneka danserta kedai barangan dan keperluan bayi di seluruh negara.
Datanglah dan lawati Galeri MOVON untuk memenuhi semua keperluan keibubapaan harian anda.
Waktu operasi Galeri MOVON Imago adalah dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Ia terletak di Lot 2-13B, Tingkat Dua, Imago Shopping Mall, Sabah.
KETERANGAN MOVON
MOVON menawarkan pelbagai produk untuk menyokong keluarga pada setiap peringkat perjalanan mereka, menjadikannya pusat sehenti bagi semua perkara yang berkaitan dengan keibubapaan.
Syarikat itu berusaha untuk membantu ibu bapa menguruskan kehidupan harian dengan lebih baik dan memberikan ibu bapa peluang menimba pengalaman menggunakan rangkaian produk dan perkhidmatan MOVON yang berteknologi tinggi.
MOVON Space, MOVON Baby dan MOVON Expert adalah tiga teras utama yang membentuknya.
Misi MOVON adalah untuk memperjuangkan gaya hidup yang holistik dan mampan, dengan sentiasa berusaha untuk memperbaiki pengalaman pengguna serta memberikan rasa selamat kepada ibu bapa melalui nilai, inovasi dan kualiti.
MOVON Space – Meningkatkan Pengalaman Hidup
Tingkatkan pengalaman keibubapaan anda dengan MOVON Space. Peralatan inovatif kami direka untuk membantu ibu bapa dan keluarga menjalani kehidupan yang lebih baik.
Produk ini mengintegrasikan fungsi unik dan teknologi IoT untuk memudahkan rutin harian dan meningkatkan kesejahteraan keluarga.
MOVON Space memastikan isi rumah anda cekap dan responsif kepada keperluan anda dengan ciri dan ketersambungan pintar.
MOVON Baby – Memudahkan Ibu dan bapa
Pilihan utama anda untuk produk bayi yang luar biasa dari segi nilai dan kualiti. Kami menawarkan pengalaman yang tiada tandingan untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak dengan mengutamakan keselamatan, keselesaan dan gaya hidup sihat.
Ibu bapa boleh kekal tenang tanpa mengganggu prestasi mereka dengan kos yang munasabah. Matlamat kami adalah untuk memudahkan dan menjadikan fasa keibubapaan lebih menyeronokkan.
MOVON Expert – Melindungi Perjalanan Anda
Perkhidmatan sokongan profesional kami akan membantu anda melengkapkan pengalaman bersama rangkaian MOVON. Pasukan MOVON Expert akan menyokong anda dengan perkhidmatan penyelenggaraan, pembersihan, pembaikan dan perlindungan untuk memastikan produk MOVON anda terus berfungsi dengan baik.
Melalui komitmen, kami akan terus berusaha untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan memberi ibu bapa keyakinan dalam menjalani kehidupan seharian.
Kami percaya dedikasi kami kepada inovasi dan peningkatan gaya dan kualiti kehidupan akan terus menggerakkan kami ke hadapan seiring dengan pergerakan arus teknologi.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang MOVON, layari https://movon.com.my
Ikuti kami di media sosial:
Facebook: https://www.facebook.com/MOVONMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/movonmalaysia/



