PADAWAN: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) mengagihkan 13 tong sampah kepada penduduk di Lorong 8, Jalan Sungai Tengah, Matang, baru-baru ini.
MPP dalam kenyataan berkata, pengagihan ini merupakan sebahagian usaha berterusan pihak majlis dalam mempertingkatkan pengurusan sisa pepejal serta memastikan persekitaran kediaman lebih bersih dan teratur.
“Kami berharap para penerima menjaga tong sampah yang disediakan dengan baik kerana ia merupakan aset serta tanggungjawab pemilik masing-masing.
“Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa peka dan melaporkan sebarang isu berkaitan tong sampah kepada pihak MPP atau Trienekens bagi tindakan lanjut,”katanya.
Untuk makluman, Ahli Majlis Perwakilan Penduduk Kaunselor Lee Yen Huei hadir bagi mewakili Pengerusi MPP pada majlis penyerahan tersebut.



