ARTIKEL

Poster Kempen Beli Balik MPP yang bakal berlangsung di kawasan tempat letak kereta Emart Batu Kawa pada Sabtu ini.

MPP anjur Kempen Beli Balik di Emart Batu Kawa Sabtu ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan menganjurkan Kempen Beli Balik MPP di kawasan tempat letak kereta Emart Batu Kawa pada Sabtu ini, bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Pengerusi MPP, Kaunselor Tan Kai berkata bahawa, program tersebut memberi tumpuan sepenuhnya kepada aktiviti pengumpulan barangan kitar semula dalam kalangan komuniti setempat.

“Program ini turut merangkumi pengumpulan minyak masak terpakai dan sumbangan pakaian terpakai dengan kerjasama pelbagai agensi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Ini termasuk Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Trienekens Sarawak Sdn. Bhd., Kim Huang Enterprise serta Yayasan Tzu Chi Kuching,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, penganjuran kempen tersebut merupakan usaha berterusan pihak majlis dalam memperkukuh komitmen bagi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, hijau dan sihat di kawasan Padawan.

“Pihak kami turut menyediakan kaunter bergerak bagi memudahkan orang ramai membuat bayaran cukai taksiran, di samping pembukaan reruai kesedaran berkaitan amalan kitar semula serta kesihatan awam.

“Justeru, orang ramai digalakkan untuk membawa barangan kitar semula bagi program beli balik tersebut atau menyumbangkan pakaian terpakai untuk tujuan kebajikan.

“Melalui kempen ini, kita berharap penggunaan tapak pelupusan sampah dapat dikurangkan selain meminimumkan pencemaran alam sekitar menerusi pengasingan sisa pepejal yang lebih sistematik,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh mengikuti laman Facebook rasmi Majlis Perbandaran Padawan.

BERITA LAIN

900 pokok bakau ditanam di pesisir Sejingkat

KUCHING: Sebanyak 900 pokok bakau ditanam di sepanjang pesisir Sejingkat sempena Hari Antarabangsa Pemuliharaan Ekosistem Bakau sebagai usaha memulihkan ekosistem pantai serta meningkatkan perlindungan kawasan

BERITA TERBARU