ARTIKEL

Tan Kai menunjukkan poster kempen cabutan bertuah Bayaran Cukai Taksiran MPP 2026.

MPP anjur kempen cabutan bertuah bayaran cukai taksiran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) menganjurkan kempen cabutan bertuah Bayaran Cukai Taksiran yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM20,000 sebagai galakan kepada pembayar cukai melunaskan bayaran tahun 2026 dalam tempoh ditetapkan.

Menurut Pengerusinya, Tan Kai, sistem cabutan bertuah berkenaan akan dilaksanakan secara digital bagi memastikan proses pemilihan pemenang lebih telus dan teratur.

“MPP akan menggunakan sistem cabutan bertuah digital bagi memilih pemenang.

Senarai pembayar cukai yang layak akan dijana secara automatik berdasarkan rekod pembayaran cukai taksiran yang memenuhi syarat kempen.

“Cabutan bertuah ini dijadualkan diadakan pada penghujung Jun 2026, dengan enam pemenang akan dipilih,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, kempen tersebut terbuka kepada semua pemilik hartanah dalam kawasan pentadbiran MPP yang berdaftar dalam sistem penilaian dan bil, tertakluk kepada syarat dan ketetapan yang telah ditetapkan.

“Inisiatif itu bertujuan menggalakkan pembayar cukai melunaskan bayaran cukai taksiran lebih awal, di samping meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan pematuhan pembayaran tepat pada masa,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau menggesa semua pembayar cukai mengambil peluang berkenaan untuk menjelaskan bayaran penuh sebelum tarikh tutup pada 31 Mei depan bagi melayakkan diri menyertai kempen tersebut.

Tegasnya, pembayaran tepat pada masa bukan sahaja memberi peluang memenangi hadiah menarik, malah menyumbang kepada keupayaan menyediakan perkhidmatan perbandaran dan pelaksanaan program pembangunan komuniti untuk manfaat bersama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat