ARTIKEL

MPP meneruskan kempen kitar semula tahun ini.

MPP teruskan kempen ‘Beli Balik 2025’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) meneruskan komitmen dalam pemeliharaan alam sekitar menerusi kempen ‘Beli Balik 2025’, merangkumi kutipan bahan kitar semula, sisa elektrik dan elektronik (e-sisa) serta minyak masak dan sumbangan pakaian terpakai.

Kempen berlangsung bermula Februari hingga November di pelbagai lokasi sekitar kawasan MPP. Bahan kitar semula akan dibeli mengikut kadar pasaran, manakala pakaian terpakai pula disumbangkan kepada Yayasan Tzu Chi Kuching.

Minyak masak terpakai akan dibeli oleh vendor yang dilantik.

Pada program terakhir yang diadakan pada 8 Mac lalu, sebanyak 5,910.39 kilogram (kg) bahan kitar semula dan e-sisa, 10.72kg sisa isi rumah lain (OHW), serta 791.7kg minyak masak terpakai berjaya dikumpul.

Kempen seterusnya diadakan pada 12 April ini bertempat di Balai Raya Desa Wira, Lorong 20.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha