MPV Victory dari Bintulu Juara Kejohanan Dart Beregu Terbuka MDDM 2019

MUKAH: Pasukan MPV Victory dari Bintulu dinobatkan johan bagi Kejohanan Dart Beregu Terbuka (Lelaki) 2019 anjuran Majlis Daerah Dalat dan Mukah (Bahagian Perpustakaan) dan Kelab Mudak yang diadakan di Bangunan Perpustakaan MDDM dari 30 November hingga 1 Disember (semalam).

Pemenang tempat pertama membawa pulang Piala Kejuaraan sumbangan Adun Balingian, Abdul Yakub Arbi, serta wang tunai RM400, sijil dan medal.

Manakala tempat kedua menjadi milik Pasukan ACM III dari Jabatan Pertanian Mukah membawa pulang wang tunai RM200, medal dan sijil dan tempat ketiga milik Pasukan WSGP 5 dan Pasukan WSGP dari Kampung Penat Mukah masing-masing menerima wang tunai RM100, medal dan sijil.

Diikuti pula tempat kelima Melanau Legacy Ar dari Miri, tempat keenam pula De’ Garuk Xs Dari Bintulu dan tempat ketujuh dan lapan masing-masing milik Pasukan Ha&Ho dan TRJ dari Bintulu.

Pengerusi Kelab Mudak, Muhamad Nazir Besiri menyampaikan hadiah kepada pemenang, Pasukan MPV Victory dari Bintulu

Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi Kelab Mudak (MDDM), Muhamad Nazir Besiri.
Menurut belaiu kejohanan tersebut telah menarik penyertaan lebih 48 pasukan dari Miri, Bintulu, Sibu, Negara Brunei dan sekitar Bahagian Mukah.

“Kejohanan mensasarkan aktiviti sihat seperti ini mendapat tempat di hati peminat sukan Dart disamping mewujudkan persaingan sihat dapat ditunjukkan dengan permainan yang berkualiti,” katanya kepada Suara Sarawak.

Manakala pengerusi Pengelola Kejohanan, Azeri Tahir memberitahu objektif utama kejohanan ialah untuk mempromosikan sukan Dart agar terus dikenali di Mukah disamping secara tidak langsung menarik orang luar untuk datang ke Mukah.

“Kejohanan ini juga pertama kali dianjurkan oleh oleh MDDM bersama dengan Kelab Mudak dan sambutan yang amat mengalakkan dan posotif telah ditunjukkan oleh semua peserta yang turut serta pada kali ini.

“Terima kasih kepada semua peserta yang telah turut serta terutama yang jauh dari Mukah,” jelasnya.