ARTIKEL

MTPN Sarawak sumbang 60 bakul makanan kepada komuniti memerlukan, The Salvation Army Community Complex Kota Samarahan, Wynson Ong, bakul makanan, komuniti memerlukan
Wynson Ong (enam kiri) menyerahkan bakul makanan kepada seorang penerima daripada The Salvation Army Community Complex Kota Samarahan.

MTPN Sarawak sumbang 60 bakul makanan kepada komuniti memerlukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sarawak menyumbang sebanyak 60 bakul makanan kepada The Salvation Army Community Complex Kota Samarahan sempena sambutan Hari Krismas.

MTPN Sarawak dalam kenyataannya memaklumkan bahawa sumbangan tersebut merupakan tanda keprihatinan pihaknya terhadap komuniti yang memerlukan.

Wynson Ong bertegur sapa dengan penerima bantuan daripada The Salvation Army Community Complex Kota Samarahan.

Katanya, penyerahan sumbangan itu diketuai oleh Yang Dipertua MTPN Sarawak, Wynson Ong.

Beliau disertai oleh ahli-ahli MTPN Sarawak, dan turut dihadiri wakil daripada Ibu Pejabat MTPN.

“Selain itu, MTPN Sarawak turut menerima tajaan kek hiasan daripada Patisserie Sdn Bhd.

“Tajaan ini melambangkan semangat kerjasama serta sokongan daripada pihak swasta dalam memperkukuhkan usaha membantu masyarakat,” katanya.

Kenyataan itu juga menyebut, sumbangan ini merupakan salah satu usaha berterusan MTPN Sarawak dalam menyokong masyarakat setempat dan memastikan kemeriahan perayaan dapat dirasai oleh semua golongan.

“Kami berharap sumbangan ini dapat menceriakan penerima serta memberi inspirasi kepada lebih banyak pihak untuk sama-sama menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

“MTPN Sarawak komited untuk terus memainkan peranan penting dalam memperkasakan komuniti dan memupuk semangat kebersamaan, khususnya pada musim perayaan ini,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha