ARTIKEL

Pembantu jurulatih Kelantan The Real Warriors (TRW), Muamer Salibasic, tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung pengundurannya daripada barisan kejurulatihan Kelantan selepas kelab itu merehatkan ketua jurulatih, E. Elavarasan, pada pertengahan saingan Liga Super musim ini. Foto Kelantan The Real Warriors (TRW)

Muamer pilih setia bersama Elavarasan, jelaskan punca tinggalkan TRW

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembantu jurulatih Kelantan The Real Warriors (TRW), Muamer Salibasic, tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung pengundurannya daripada barisan kejurulatihan Kelantan selepas kelab itu merehatkan ketua jurulatih, E. Elavarasan, pada pertengahan saingan Liga Super musim ini.

Muamer menegaskan bahawa keputusannya bukan berpunca daripada prestasi pasukan, sebaliknya kerana memilih untuk setia bersama Elavarasan, yang dianggapnya sebagai ketua jurulatih yang telah mengemudi pasukan dengan baik dalam keadaan serba mencabar.

Menurut Muamer, ramai penyokong dan pemerhati tidak mengetahui bahawa beliau sebenarnya menarik diri lebih awal daripada staf kejurulatihan selepas Elavarasan direhatkan oleh pihak pengurusan.

Beliau turut menjelaskan bahawa ketika Kelantan tersingkir daripada saingan Piala FA kepada Sabah, beliau sudah tidak lagi bersama pasukan.

“Saya mengambil keputusan untuk keluar daripada kelab kerana mahu terus bersama Coach Elavarasan. Ramai tidak tahu perkara ini.
Saya juga tidak berada bersama pasukan ketika mereka tersingkir daripada Piala FA menentang Sabah.” katanya ketika dihubungi TVS baru-baru ini.

Muamer turut mendedahkan bahawa selepas Elavarasan direhatkan, beliau ditawarkan semula jawatan Penolong Ketua Jurulatih oleh pihak kelab.

Namun, beliau menolak tawaran tersebut dan memilih untuk menamatkan kontraknya.

“Selepas Jurulatih Elavarasan direhatkan, kelab menawarkan saya kembali ke jawatan Penolong Ketua Jurulatih.

Namun saya menolak dan meminta penamatan kontrak kerana mahu terus bersama beliau.”

Dalam pada itu, Muamer turut mempertahankan pencapaian awal skuad The Real Warriors, memandangkan Kelantan memulakan pra-musim lewat dan beraksi lima daripada enam perlawanan awal sebagai pasukan pelawat.

Rekod awal Kelantan ketika itu ialah 2 kemenangan, 2 seri dan 2 kekalahan, selain kejayaan menyingkirkan KLCFC dalam saingan Piala FA.

Kelantan TRW dilaporkan merehatkan E. Elavarasan selepas kekalahan 4-1 kepada Terengganu pada 3 Oktober lalu.

Elavarasan yang dilantik pada Jun hanya sempat membimbing pasukan dalam sembilan perlawanan, dengan rekod 3 kemenangan, 2 seri dan 4 kekalahan.

Ketika ini Bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mengambil alih peranan sebagai ketua jurulatih Kelantan TRW, menggantikan E. Elavarasan bagi memimpin The Real Warriors menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan